Khairul Azwan Menang Naib Ketua Pemuda - Berita Semasa | mStar

Khairul Azwan Menang Naib Ketua Pemuda

Diterbitkan: Rabu, 23 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Khairul Azwan
Khairul Azwan

KUALA LUMPUR: Khairul Azwan Harun menang jawatan naib Ketua Pemuda Umno setelah pemilihan semula diadakan pada Rabu, menurut keputusan tidak rasmi.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Tan Sri Azmi Khalid berkata Khairul Azwan mendapat dua undi daripada pemilihan perwakilan Pemuda bahagian Gelang Patah, Johor dan Sabak Bernam, Selangor.

"Menang dua daripada tiga (bahagian), kalau ikutkan Khairul Azwan yang menang. Namun itu keputusan tidak rasmi. Keputusan rasmi akan diumumkan oleh ibu pejabat," katanya kepada Bernama.

Keputusan jawatan Naib Ketua Pemuda tergantung apabila dua calon teratas jawatan itu, Jamawi Jaafar dan Khairul Azwan, masing-masing memperoleh undi seri 73-73 pada pemilihan 12 Oktober lepas.

Bagaimanapun, jawatankuasa pemilihan memutuskan pemilihan semula diadakan di tiga bahagian iaitu Gelang Patah, Sabak Bernam dan Bachok, Kelantan berikutan timbul ketidakpuasan hati berhubung pemilihan asal dan kedua-dua calon tersebut juga bersetuju dengan pendirian jawatankuasa pemilihan itu.

Ketiga-tiga bahagian itu dijadual mengadakan pemilihan semula jawatan naib ketua Umno pusat hari ini, namun pemilihan bagi bahagian Bachok ditangguhkan ke Jumaat.

Azmi berkata susulan perkembangan hari ini, pemilihan semula di Bachok tidak perlu dijalankan memandangkan Khairul Azwan telah menang dua daripada tiga bahagian berkenaan.

Keputusan pemilihan di Gelang Patah dan Sabak Bernam hari ini masing-masing menyaksikan Khairul Azwan memperoleh 96 dan 161 undi perwakilan, manakala Jamawi mendapat 61 dan 69 undi perwakilan.

Pemilihan Umno 2013 menggunakan kaedah pengundian sistem 'electoral college', iaitu bilangan undi terbanyak yang diperoleh seseorang calon daripada sesebuah bahagian, dikira sebagai hanya satu undi. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan