Kerajaan Selangor Pantau Kes Babitkan Seorang Ahli MBPJ Sebelum Ambil Tindakan

Diterbitkan: Rabu, 23 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau sedang memantau kes membabitkan seorang ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang didakwa mencabul pembantu rumahnya.

Menurut beliau, kes itu masih dalam siasatan polis dan kerajaan negeri tiada kuasa untuk campur tangan mengenainya.

"Kita sedang memantau perkara ini tetapi kita perlu memberi hak kepada ahli majlis itu untuk mempertahankan dirinya.

"Jika laporan itu melibatkan kes jenayah, polis patut bertindak," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri di sini, Rabu.

Menurutnya, beliau akan mengarahkan Datuk Teng Chang Kim untuk mengambil tindakan sewajarnya jika ahli majlis itu terbukti melakukan jenayah tersebut.

"Kerajaan negeri akan meminta beliau untuk melepaskan jawatan tersebut sekiranya dia melakukan jenayah seperti yang didakwa," katanya.

Abdul Khalid berkata buat masa ini ahli majlis itu masih dibenarkan untuk menghadiri sebarang majlis rasmi kerana kes tersebut masih lagi dalam siasatan polis.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan