KDN Wujud SOP Baharu Tangani Masalah Kehilangan Senjata Api

Diterbitkan: Rabu, 23 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewujudkan satu prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi menangani masalah kehilangan senjata api, Dewan Rakyat diberitahu, Rabu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata SOP itu juga akan memastikan tindakan keras diambil terhadap pegawai polis yang cuai seperti meninggalkan senjata api di dalam kereta.

"SOP ini berlainan dari yang dahulu. Ia akan menangani masalah dan situasi mengikut keadaan semasa. Walau bagaimanapun, kita akan mengambil tindakan mengikut situasi," katanya kepada soalan Loke Siew Fook (DAP-Seremban).

Loke ingin tahu apakah tindakan KDN dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan masalah kehilangan senjata api dapat diatasi.

Kepada soalan Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik), Wan Junaidi berkata penyeludupan boleh berlaku kerana sempadan antarabangsa Malaysia-Thailand yang panjang yang dianggar sejauh 646 kilometer (km).

"Daripada jumlah tersebut, sejauh 551 km adalah sempadan darat manakala 95 km adalah sempadan mengikut thalweg (bahagian terdalam) aliran utama Sungai Golok, Kelantan. Akibatnya, penyeludup boleh berenang dan membawa senjata api di dalam poket.

"Sebenarnya, mereka (penyeludup) juga cerdik. Mereka hanya membawa bahagian tertentu senjata itu dan tidak seludup secara lengkap di dalam guni, kotak atau beg," katanya.

Wan Junaidi mengakui bahawa Malaysia tidak mempunyai mesin yang canggih untuk mengesan bahagian kecil senjata api, sebaliknya hanya sebuah mesin yang akan mengambil dua jam bagi mengesan barangan larangan di dalam sebuah lori.

"Lebih-lebih lagi, kita tidak boleh melarang lori-lori membawa barangan dari Thailand-Malaysia kerana ada transaksi ekonomi antara kedua negara dan ini boleh merugikan negara," katanya.

Kepada soalan asal Loke mengenai jumlah senjata api yang dirampas oleh PDRM, Wan Junaidi berkata sebanyak 1,097 unit telah dirampas dari tahun 2008 sehingga 2013 (Jan-Sept).

Katanya pecahan ramapasan mengikut jenis adalah pistol semiauto (406 pucuk), revolver (164 pucuk), rifle (31 laras), senapang patah (91 laras), pistol angin (120 pucuk), pump gum (22 laras), SMG (submachine gun) (7 laras), bom tangan (38 butir) dan senjata buatan sendiri (218 laras). - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan