Dua Penjuru Di Sungai Limau

Diterbitkan: Rabu, 23 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dr Ahmad Sohaimi Lazim (kiri) bersalaman dengan Mohd Azam Abd Samat (dua, kanan) ketika menyerahkan borang pencalonan pilihan raya Kecil DUN Sungai Limau ketika tiba di Pusat Penamaan calon di Dewan Dato Madi, yan di Yan pada Rabu. Foto BERNAMA
Dr Ahmad Sohaimi Lazim (kiri) bersalaman dengan Mohd Azam Abd Samat (dua, kanan) ketika menyerahkan borang pencalonan pilihan raya Kecil DUN Sungai Limau ketika tiba di Pusat Penamaan calon di Dewan Dato Madi, yan di Yan pada Rabu. Foto BERNAMA

YAN: Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau menyaksikan saingan dua penjuru apabila hanya wakil Barisan Nasional (BN) dan PAS menyerahkan borang pencalonan masing-masing sehingga proses penamaan calon ditutup pada pukul 10 pagi Rabu.

Pengawai Pengurus Pilihan Raya DUN Sungai Limau, Abd Rashid Othman mengumumkan Dr Ahmad Sohaimi Lazim daripada BN dan Mohd Azam Samat yang mewakili PAS disahkan layak bertanding.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.

Azizan memegang kerusi itu selama lima penggal sejak 1995.

Beliau mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas dengan memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya daripada Barisan Nasional (BN), Mohd Fazillah Mohd Ali dengan majoriti 2,774 undi.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan