Bung Moktar Akan Jumpa PM Sebelum Putuskan Letak Jawatan Ketua Umno Kinabatangan

Diterbitkan: Rabu, 23 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bung Moktar.
Bung Moktar.

KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin menangguhkan hasrat untuk meletakkan jawatan sebagai ketua bahagian bagi menunggu perjumpaan dengan presiden parti terlebih dahulu.

"Hasrat saya untuk meletakkan jawatan adalah ikhlas tetapi gesaan daripada para penyokong di peringkat bahagian, saya terpaksa menangguhkan rancangan untuk berbuat demikian," katanya ketika ditemui di Dewan Rakyat pada Selasa.

Bung Moktar berkata, beliau mahu berjumpa dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan nasihat dan restu sebelum memutuskan mengenai masa depannya sebagai ketua bahagian.

"Saya berharap untuk bertemu dengan presiden parti bagi membincangkan perkara ini dengan beliau sebelum membuat keputusan," katanya, sambil menambah bahawa beliau akan bertemu dengan Najib secepat mungkin.

Ahli Parlimen yang lantang bersuara ini mengejutkan para penyokongnya sejam selepas beliau diisytiharkan memenangi jawatan Ketua Umno Bahagian Kinabatangan pada pemilihan peringkat bahagian Sabtu lalu.

Beliau memberi gambaran bahawa beliau mahu meletakkan jawatan itu kerana adanya "banyak puak" dalam bahagian itu.

Pemimpin-pemimpin senior Umno Kinabatangan mengadakan mesyuarat tergempar bagi meminta Bung Moktar supaya tidak meneruskan rancangannya untuk meletakkan jawatan sebagai ketua bahagian mereka.

Timbalan ketua bahagian yang baru dipilih, Jafry Ariffin dan ketua Pemuda bahagian, ketua Puteri bahagian dan ketua Wanita bahagian berkata, mereka membantah langkah Bung Moktar untuk meletakkan jawatan.

Bung Moktar, yang mengetuai Umno Kinabantangan sejak 1994 mempertahankan jawatannya dengan 100 undi dalam persaingan dua penjuru dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman dalam pemilihan pada Sabtu lalu.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu pada Ahad berkata bahawa pemilihan telah mencetuskan perpecahan yang serius dalam bahagian Kinabatangan di mana wujud terlalu banyak puak yang tidak memberi kesan baik pada perpaduan parti.

Dalam ucapannya selepas memperoleh kemenangan mempertahankan jawatan itu, Bung Moktar berkata, beliau mahu meletakkan jawatannya kerana situasi politik di peringkat bahagian tidak sihat.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan