Bajet 2014: Cadangan Berhubung Kos Sara Hidup Paling Banyak Disalurkan Orang Ramai

Diterbitkan: Rabu, 23 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kos sara hidup merupakan cadangan terbanyak yang disalurkan orang ramai melalui laman web mikro #Bajet2014.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata cadangan itu telah disampaikan kepada Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan selanjutnya.

"Saya sedar, kos sara hidup terus menjadi suatu isu yang amat penting kerana ia melibatkan kehidupan kita secara langsung.

"Justeru pelbagai inisiatif telah diambil di bawah naungan Program Transformasi Kerajaan dan Transformasi Ekonomi, dalam menangani isu kenaikan kos sara hidup, ekoran daripada ketidaktentuan ekonomi global," katanya menerusi blog www.1malaysia.com dan laman Twitternya yang bertajuk 'Bajet 2014 : Langkah-Langkah Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup', Rabu.

Najib berkata antara inisiatif yang disambut baik oleh rakyat setakat ini ialah pembukaan 99 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di lokasi-lokasi strategik di seluruh negara.

Selain itu, kata Najib, kerajaan turut merancang untuk menambah lagi jumlah KR1M supaya lebih banyak rakyat dapat menikmati pembelian barang keperluan pada harga rendah.

Beliau berkata program Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) juga mendapat sambutan baik.

"Ternyata banyak rakyat Malaysia gembira dengan inisiatif membantu rakyat mendapatkan makanan berkualiti dengan harga murah," katanya.

Pada 23 Ogos lepas, Najib mengajak rakyat berkongsi pandangan dan idea dalam lama web mikro #Bajet 2014.

Perdana menteri akan membentangkan Bajet 2014 di Parlimen pada Jumaat. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan