Tujuh Senjata Api Dijumpai Semula - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Selasa, 22 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tujuh daripada 44 senjata api milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang hilang sejak 2010 hingga 2012 seperti dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 telah dijumpai semula, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata antara punca kehilangan senjata api yang dikenalpasti ialah kereta dipecah dan senjata api tertinggal dalam kereta, diragut atau disamun, tercicir ketika menjalankan tugas, kehilangan dalam tandas dan kehilangan dalam pejabat.

"Nilai senjata itu berbeza mengikut jenis dan negara pengeluar, secara keseluruhan kategori senjata yang hilang adalah dari senjata ringan (pistol dan revolver) yang boleh diletakkan di badan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalan Chua Tian Chang @ Tian Chua (PKR-Batu) pada persidangan Dewan Rakyat pada Selasa, yang ingin tahu jumlah senjata api yang hilang dan prosedur serta tindakan terhadap pegawai polis yang kehilangan senjata api.

Ahmad Zahid menjelaskan Bahagian Teknologi Maklumat (IT) PDRM sedang membangunkan sistem yang mengandungi submodul bagi tujuan pemantauan dan rekod kes kehilangan aset organisasi itu yang dijangka beroperasi November ini.

"Sistem itu akan merekodkan kehilangan aset PDRM bermula daripada kehilangan berlaku sehinggalah ke peringkat tindakan diambil ke atas pegawai polis yang didapati cuai menyebabkan kehilangan aset.

"Dengan wujudnya sistem itu, semua kes kehilangan aset PDRM akan diketahui dengan mudah oleh Urus Setia Pengurusan Kehilangan Aset PDRM," katanya.

Bagi menyiasat punca kehilangan aset, Ahmad Zahid berkata PDRM mempunyai prosedur untuk menubuhkan Jawatankuasa Penyiasat mengikut peruntukan di bawah Seksyen 79 Akta Polis 1967.

Katanya jawatankuasa itu akan membuat pertanyaan yang menjurus kepada sebab kehilangan dan syor-syor bagi mengelak kejadian sama berulang.

"Jika terdapat bukti wujudnya kecuaian, maka pegawai bertanggungjawab akan diambil tindakan surcaj atau tatatertib atau kedua-duanya sekali," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan