Tiga Sayap Bahagian Umno Selangor Bermesyuarat Semula Ahad Ini - Berita Semasa | mStar

Tiga Sayap Bahagian Umno Selangor Bermesyuarat Semula Ahad Ini

Diterbitkan: Selasa, 22 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Jawatankuasa Aduan Umno Selangor yang bermesyuarat pada Selasa menetapkan tarikh mesyuarat pemilihan semula sayap Wanita Bahagian Petaling Jaya Selatan (PJS) dan sayap Pemuda serta Puteri Bahagian Sepang pada Ahad ini, kata Pengerusinya Datuk Seri Noh Omar.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat itu hari ini, Noh berkata sayap Wanita Bahagian Gombak diarahkan supaya mengadakan semula mesyuarat pemilihan mereka pada 3 November ini.

Keputusan itu diambil selepas pihaknya menerima aduan daripada calon dan perwakilan di bahagian terlibat yang tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan sayap masing-masing pada 12 Oktober lepas dan dipersetujui oleh Umno Pusat supaya pemilihan diadakan semula.

"Mesyuarat pemilihan ini akan diuruskan oleh Jawatankuasa Pemilihan Umno Negeri dan melibatkan semua jawatan di peringkat jawatankuasa sayap terbabit. Pihak kami juga akan mengeluarkan notis untuk mengadakan semula mesyuarat pemilihan kepada sayap-sayap yang terlibat dijangka pada Khamis ini dan memberi senarai perwakilan," katanya.

Pada 19 Oktober lepas, Jawatankuasa Aduan Umno negeri mengarahkan dua sayap Wanita melibatkan Bahagian PJS dan Gombak serta masing-masing satu sayap Pemuda dan Puteri di Sepang mengadakan semula mesyuarat perwakilan.

Ia selepas jawatankuasa itu menerima laporan ketidakpuasan hati daripada calon dan perwakilan di bahagian terlibat termasuk pengiraan undi yang meragukan dan proses pemilihan yang tidak mematuhi prosedur standard yang ditetapkan Umno pusat. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan