Terengganu Mula Bersiap Hadapi Kemungkinan Banjir

Diterbitkan: Selasa, 22 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MARANG: Terengganu mewujudkan 118 pangkalan hadapan di seluruh negeri bagi menempatkan bekalan makanan dan keperluan asas di tempat-tempat strategik bagi membolehkan mangsa di kawasan bencana menerima bantuan dengan segera.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata tiga pangkalan hadapan itu di tempatkan di Kuala Terengganu, Kemaman (17), Dungun (11), Besut (23), Hulu Terengganu (33), Marang (16) dan Setiu (15).

"Kami telah membuat persiapan bagi menghadapi musim tengkujuh dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri telah bermesyuarat semalam bagi mengetahui persediaan semua jabatan dan agensi terlibat," katanya.

Bercakap kepada pemberita pada majlis penyampaian hadiah pertandingan kebersihan dan keindahan kampung peringkat negeri di sini, Ahmad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menggesa semua pihak memperkemaskan jentera msing-masing.

Katanya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu turut mengenalpasti 198 kawasan yang sering dilanda banjir di seluruh negeri iaitu 30 di Besut, Setiu (21), Kuala Terengganu (17), Marang (27), Hulu Terengganu (29), Dungun (32) dan Kemaman (42).

Beliau berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula telah menetapkan 437 pusat pemindahan yang berupaya menampung 53,172 mangsa banjir iaitu 47 di Kuala Terengganu melibatkan 11,170 mangsa, 57 di Kemaman (12,180 mangsa), 52 di Dungun (10,015 mangsa), 141 di Besut (14,722 mangsa), 81 di Hulu Terengganu (8,950 mangsa), 25 di Marang (3,700 mangsa) dan 35 di Setiu (2,435 mangsa).

Ahmad berkata sebanyak 15 tandas bergerak yang kini ditempatkan di Kem 512 Askar Wataniah Padang Midin dekat sini akan digerakkan ke pusat-pusat pemindahan di seluruh negeri itu sebaik pusat-pusat itu dibuka.

"Mulai bulan ini, semua bekalan makanan akan diagihkan kepada pangkalan hadapan di seluruh negeri," katanya.

Beliau berkata orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat semasa mengenai banjir boleh menghubungi bilik gerakan Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Terengganu di talian 09-6222231 dan 09-6316021; bilik gerakan pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di talian 09-6354743 dan bilik gerakan JKR negeri melalui 09-6274092.

Orang ramai juga boleh melayari laman web rasmi kerajaan negeri di http://etindakan.terengganu.gov.my dan laman web MKN di http://portalbencana.mkn.gov.my - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan