Rehda Tidak Pernah Buat Kenyataan Naikkan Harga Rumah 10 Peratus - Hasan Malek

Diterbitkan: Selasa, 22 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) tidak pernah membuat kenyataan untuk menaikkan harga rumah sehingga 10 peratus, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek.

Beliau berkata dalam perjumpaan dengan pihak Rehda, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah diberikan bukti bahawa Rehda tidak mengeluarkan kenyataan itu malah memberi jaminan mereka tidak terlibat dalam apa-apa kartel dan akan sentiasa mematuhi undang-undang berkaitan.

"MyCC telah mengambil inisiatif mengadakan perbincangan dengan Rehda dan pihak-pihak lain yang berkenaan untuk mengenal pasti sama ada terdapat elemen antipersaingan.

"Jika pihak MyCC dapat mengesan sebarang amalan pakatan sulit di antara pemaju-pemaju perumahan dalam menaikkan harga rumah, tindakan undang-undang yang tegas di bawah Akta Persaingan 2010 akan diambil segera kerana ia melibatkan kepentingan rakyat," katanya ketika menjawab soalan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) di Dewan Rakyat di sini, Selasa.

Abdul Azeez ingin tahu langkah yang diambil untuk membendung tindakan sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan menaikkan harga barang ekoran penyelarasan harga subsidi minyak serta kenyataan pemaju perumahan yang berhasrat untuk menaikkan harga rumah hingga 10 peratus atas alasan yang sama.

Sementara itu, Hasan berkata kerajaan telah, sedang dan akan terus melaksanakan beberapa program atau langkah bagi membendung usaha pihak tidak bertanggungjawab menaikkan harga barangan dalam pasaran ekoran rasionalisasi subsidi oleh kerajaan ke atas harga petrol dan diesel.

Katanya, antara langkah yang dilaksanakan seperti meneruskan pelaksanaan Ops Harga 2013, mengeluarkan notis di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 ke atas mana-mana peniaga yang menaikkan harga mendadak, mengadakan rundingan dialog dengan industri terlibat supaya tidak menaikkan harga produk keluaran atau barangan secara mendadak dan melaksanakan skim kawalan harga musim perayaan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan