Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 Diluluskan

Diterbitkan: Selasa, 22 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 yang memperuntukkan hukuman yang lebih berat terhadap mereka yang melakukan jenayah seksual, jenayah terancang serta mencederakan pasangan masing-masing, diluluskan di Dewan Rakyat pada Selasa.

Bagaimanapun, dua fasal iaitu Fasal 5 berhubung kesalahan menggunakan, mengiktiraf dan mempromosi bendera kebangsaan selain daripada bendera Malaysia dan Fasal 33 yang memperuntukkan kesalahan vandalisme dikeluarkan daripada rang undang-undang itu.

Rang undang-undang itu mula dibahas sejak semalam selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri membentangkannya untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat.

Nancy ketika menggulung rang undang-undang itu berkata pindaan terhadap Kanun Keseksaan merupakan kesinambungan daripada Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang antara tujuan utamanya ialah memerangi jenayah terancang.

"Melalui pindaan itu, ia memantapkan lagi usaha pihak berkuasa untuk memerangi jenayah terancang dengan lebih komprehensif kerana kita mempunyai ekosistem (perundangan) yang berkesan.

"Lihatlah pindaan ini daripada sudut perspektif yang sihat dan lebih progresif. Sebenarnya, kita sentiasa menerima pandangan daripada pihak pembangkang," katanya.

Ketika menjawab gesaan pembangkang supaya kerajaan mengeluarkan Fasal 11 (Seksyen 203A) berhubung kesalahan mendedahkan maklumat, Nancy menegaskan kerajaan tetap mempertahankan seksyen itu berikutan berlakunya kebocoran maklumat sebelum ini.

"Ini amat berkaitan dengan maruah negara," katanya.

Seksyen itu memperuntukkan denda tidak lebih RM1 juta atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Persidangan dewan bersambung esok. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan