Perlaksanaan GST Akan Kesan Pengelak Cukai

Diterbitkan: Selasa, 22 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Individu yang mengelak duti dan cukai akan dapat dikenal pasti dengan lebih mudah oleh Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Hasil Dalam Negeri sebaik sahaja Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata dengan pengenalan GST, keseluruhan proses penyimpanan rekod bukan hanya menjadi lebih teliti, tetapi juga menyumbang kepada pengutipan cukai dan duti yang lebih cekap di masa depan.

"GST adalah cukai menyeluruh berdasarkan jumlah penggunaan. Penggunaan adalah lebih tinggi di kalangan golongan mewah, dan GST secara automatik mengenakan cukai kepada mereka, bukan kepada golongan berpendapatan rendah," kata beliau dalam blognya.

Idris, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), berkata pelaksanaan GST juga boleh mengesan aliran keluar modal negara kerana kajian telah menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai aliran keluar modal yang tidak boleh diselaraskan dalam akaun negara.

Beliau menambah, sehingga 80 peratus daripada aliran keluar modal itu dikatakan harga pemindahan mana firma-firma memindahkan kos kepada pelbagai tempat di seluruh dunia untuk mengurangkan cukai. "Sebaik sahaja GST dilaksanakan, ia menjadi lebih sukar untuk mengelakkan cukai kerana rekod yang lengkap disimpan di setiap peringkat proses," katanya.

Idris menambah bahawa jika GST diumumkan pada Belanjawan 2014 Jumaat ini, ia mungkin dilaksanakan hanya pada 2015 kerana negara memerlukan tempoh antara 12 dan 18 untuk bersedia ke arah cukai nilai tambah itu.

Idris berkata adalah penting untuk mengingati bahawa apabila GST dilaksanakan, Malaysia boleh menetapkan kadar cukai kepada sifar untuk apa-apa barangan keperluan.

"Ini adalah apa yang kerajaan mahu lakukan untuk memastikan rakyat Malaysia tidak dibebankan dengan cukai ke atas barangan keperluan. "Tambahan lagi, GST akan membantu kerajaan mendapatkan hasil yang lebih tinggi kerana kami menjangka lebih ramai orang menjadi lebih mewah kerana langkah-langkah untuk meningkatkan pendapatan semakin menjadi realiti," katanya.

Idris berkata GST juga akan memanfaatkan orang ramai kerana barangan dan perkhidmatan keperluan seperti makanan, pengangkutan awam dan pendidikan akan bertaraf sifar yang bermakna pengguna tidak perlu membayar cukai yang berlebihan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan