Pensyarah UPSI Calon BN PRK Sungai Limau

Diterbitkan: Selasa, 22 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dr Ahmad Sohaimi Lazim
Dr Ahmad Sohaimi Lazim

YAN: Pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Dr Suhaimi Lazim, 52, yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Jerai, calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sg Limau, Kedah.

Perkara itu diumumkan Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bilik Gerakan PRK BN di Sungai Lentang, Yan, Kedah pada petang Isnin.

Muhyiddin berkata pemilihan Ahmad Sohaimi, 52, adalah berdasarkan kelebihan beliau yang mempunyai kelulusan tinggi selain pernah terlibat dalam parti termasuk kini sebagai Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Jerai dan aktiviti kemasyarakatan.

Katanya pemilihan dibuat berdasarkan oleh penilaian oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau sendiri dan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri.

"Mohon kerjasama pengundi untuk memberi peluang kepadanya. Jika terpilih segala perkara yang perlukan perhatian akan disampaikan kepada kerajaan negeri dan kerajaan pusat," katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman itu.

Ahmad Sohaimi yang merupakan pensyarah kanan Jabatan Pengajian Kemasyarakatan, Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI berasal dari Kampung Titi Batu, Guar Chempedak di sini.

Ditanya mengenai pandangan sesetengah pihak bahawa BN perlu meletakkan calon yang mempunyai latar belakang agama untuk merampas semula kerusi DUN Sungai Limau yang dikuasai PAS dalam lima pilihan raya umum sejak 1995, Muhyiddin berkata apa yang penting, calon BN itu mempunyai kelulusan dan boleh menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan baik.

Mengenai dakwaan PAS bahawa kemenangan BN pada PRK Sungai Limau ini tidak membawa banyak kesan kepada kerajaan negeri Kedah yang diterajui BN kerana masih gagal mencapai dua pertiga kerusi DUN, Muhyiddin berkata BN berharap untuk menang supaya dapat melakukan perubahan besar dalam soal pembangunan di DU NSungai Limau.

"Kita tak boleh nafikan Sungai Limau kubu kuat PAS. Lima kali pilihan raya mereka menang tetapi kemenangan BN adalah untuk menentukan satu perubahan besar, anjakan baharu. Saya percaya wakil kita (jika menang) boleh lakukan tugas.

"Kerajaan pusat dan kerajaan negeri di bawah parti yang sama. Jika wakil rakyat di sini BN lebih mudah (untuk membuat perubahan). Ini yang kita tawarkan," katanya.

Muhyiddin berkata BN akan menumpukan kepada soal-soal positif pada pilihan raya kecil ini kerana baginya PAS dan Umno mempunyai banyak persamaan.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu, Muhyiddin berkata BN memutuskan untuk bertanding atas faktor demokrasi walaupun ada beberapa pihak yang meminta supaya BN dan Umno memberi laluan mudah kepada PAS dengan tidak bertanding sebagai menghormati bekas Adun Sungai Limau Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah.

"Proses demokrasi benarkan kita tawarkan diri kita lagi. Tak banyak beza antara PAS dan Umno. Umno berjuang untuk Islam begitu juga dengan PAS. Umno perjuang Ummah begitu juga dengan PAS," katanya.

Katanya BN menawarkan diri untuk bertanding kerana mahu suara masyarakat di Sungai Limau didengari daan memastikan Sungai Limau maju.

Turut hadir pada majlis itu ialah Mukhriz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang juga Ketua Umno Bahagian Jerai, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 4 November ini sebagai hari pengundian PRK Dun Sungai Limau manakala 23 Oktober sebagai hari penamaan calon.

Kerusi DUN Sungai Limau kosong berikutan kematian Azizan pada 26 September lepas.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan