Pasaran Modal Malaysia Bernilai AS$816 Bilion, Bersamaan Dua Setengah Kali Ganda KDNK - PM

Diterbitkan: Selasa, 22 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyampaikan ucapan dasar pada Simposium Pasaran Modal Dunia 2013, Kuala Lumpur, Selasa. -fotoBERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyampaikan ucapan dasar pada Simposium Pasaran Modal Dunia 2013, Kuala Lumpur, Selasa. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Pasaran modal Malaysia yang kini lebih terangkum serta boleh diakses berbanding sebelumnya, dan kini bernilai AS$816 bilion, berjaya mengukuhkan ekonomi dengan mencergaskan pasaran bon, terutama bon Islam, merangsang industri unit amanah serta menyumbangkan kepada tabungan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pasaran modal Malaysia yang cergas, kini bersamaan dua setengah kali ganda keluaran dalam negara kasar negara.

Selain itu, pasaran bon negara yang bernilai AS$314 bilion, sudah berkembang dan secara relatifnya merupakan ketiga terbesar di Asia kepada keluaran domestik kasar, manakala industri unit amanah merupakan yang terbesar di Asean, dengan gabungan nilai aset berjumlah AS$102 bilion.

"Pasaran sukuk menyumbang hampir 70 peratus jumlah dunia dan merupakan industri unit amanah Islam terbesar di dunia," katanya dalam ucapan dasar pada Simposium Pasaran Modal dunia 2013 di sini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata peningkatan pasaran modal yang cergas sejak 20 tahun lepas itu adalah sejajar dengan kedudukan ekonomi negara yang lebih terbuka, berdaya saing dan lebih bersepadu dengan pasaran global, yang membolehkan tabungan lebih cekap dan digunakan sebagai modal.

"Kita mempunyai kadar tabungan tertinggi di dunia," kata Perdana Menteri.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan