Laporan TPPA Akan Dibentangkan di Parlimen Apabila Semua Aspek Dibincangkan Secara Terperinci

Diterbitkan: Selasa, 22 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Laporan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan dibentangkan di Parlimen apabila kesemua aspek dalam perjanjian itu telah dibincangkan secara terperinci, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ir Hamim Samuri.

Beliau berkata pada masa ini draf TPPA masih dibincangkan dengan peserta industri bagi mengenap pasti kebaikan dan keburukan pelaksanaannya kelak.

"Selagi beberapa perkara asas tidak dapat dirumuskan dalam pembentukan draf perjanjian, maka selagi itu ia sukar untuk dibentangkan di Parlimen.

"Jika draf telah siap dibentuk, (kemudian) baru boleh dibawa ke Parlimen," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis "Perbualan bersama Pemimpin", anjuran Pusat Pengurusan Persembahan dan Kepimpinan Transformasi (PMTLC), sebuah unit di Institut Pengurusan Malaysia (MIM) di sini, Selasa.

Majlis itu membahaskan topik 'Bagimana Perniagaan Belah Memanfaatkan Perjanjian Perdagangan Bebas: Membantu Syarikat Malaysia Membangunkan Pasaran Baharu', di samping membincangkan isu-isu menarik yang menyentuh perjanjian TPPA.

Menurut Hamim antara perkara asas yang masih belum dipersetujui oleh semua negara yang terlibat ialah mengenai isu yang melibatkan perusahaan kecil dan sederhana, alam sekitar, perolehan kerajaan, hak harta intelektual dan perusahaan milik negara.

Ditanya mengenai sama ada perjanjian itu dapat dimeterai hujung tahun ini, beliau berkata tempoh itu merupakan sasaran yang ditetapkan, namun Malaysia tidak semestinya terikat dengan tempoh tersebut. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan