Keputusan Pemilihan Umno Kehendak Majoriti - Hishammuddin

Diterbitkan: Selasa, 22 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kejayaannya mengekalkan jawatan dalam pemilihan parti Sabtu lepas adalah atas kehendak majoriti perwakilan.

"Dalam satu pemilihan, yang menang tak menang semua, kalah pun tak kalah semua yang penting sekarang untuk kita rapatkan barisan dan suka tak suka, apa juga keputusan yang dibuat, ia telahpun dibuat oleh para perwakilan kita," katanya di sini, Selasa.

Beliau ditanya mengenai laporan khususnya menerusi media sosial yang menyifatkan pengekalan status quo bagi jawatan naib presiden Umno menunjukkan parti itu tidak mahukan perubahan.

Dalam pemilihan itu, selain Hishammuddin, dua lagi penyandang iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengekalkan jawatan masing-masing bagi penggal 2013/2016.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan ditemui di majlis penghantaran kumpulan pertama Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt 850-1) bagi misi Pasukan Interim Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (Unifil) di Pangkalan TUDM Subang.

Mengenai calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, Hishammuddin berkata pemilihan calon berdasarkan penelitian yang mendalam bukan sahaja dari segi kemampuannya tetapi juga penerimaan masyarakat setempat.

Barisan Nasional menamakan bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, sebagai calonnya manakala PAS memilih Ketua Dewan Pemuda PAS Jerai Mohd Azam Samat, 37.

Kerusi DUN Sungai Limau kosong berikutan kematian Adun Sungai Limau Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas menteri besar Kedah pada 26 September lepas. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan