40 Peratus Pelajar Lulusan PMR Disalur Secara Automatik Ke Aliran Sains

Diterbitkan: Selasa, 22 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:Sebanyak 40 peratus pelajar lulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) disalurkan ke dalam aliran sains secara automatik oleh Lembaga Peperiksaan bagi meningkatkan penyertaan pelajar dalam bidang sains dan teknologi.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching berkata ia merupakan saranan jawatankuasa yang ditubuhkan pada 9 Februari 2012 untuk mengenal pasti nilai tambah bagi menarik penyertaan pelajar dalam bidang itu bagi mencapai Dasar Sains Teknikal dan Sastera dengan nisbah 60:40.

"Pelajar aliran sains dan teknologi juga diberi keutamaan untuk mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)," katanya dalam persidangan Dewan Rakyat di sini, Selasa, bagi menjawab soalan tambahan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (BN-Kota Tinggi).

Noor Ehsanuddin ingin tahu mengenai usaha yang dilakukan kerajaan bagi meningkatkan penyertaan pelajar dalam bidang sains bagi mencapai sasaran 60:40 itu.

Selain itu, Yap juga memberitahu, kementerian turut menggunakan media sebagai medium bagi menarik minat pelajar iaitu menerusi rancangan televisyen berbentuk sains, menggunakan iklan kain rentang dan risalah di media sosial Facebook.

Bagi meningkatkan kemahiran guru dalam bidang itu, kementerian memberi latihan kepada guru sains, teknologi dan matematik yang menjurus kepada kepakaran dan kemahiran dalam bidang sains tulen dan teknologi.

"Guru sains jurusan ijazah sarjana muda yang memenuhi syarat juga diberi peluang untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang sains tulen," katanya.

Menjawab soalan tambahan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong), Yap berkata penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar Malaysia juga sangat baik.

Beliau merujuk kepada pertandingan 'Tale Spin 2013' anjuran akhbar tempatan The Star dan Pizza Hut yang memperlihatkan kefasihan pelajar bertutur menerusi persembahan drama.

"Saya berada di situ dan melihat pelajar mengaplikasikan konsep sains dan teknologi dalam persembahan drama, selain turut menggunakan pemikiran kreatif dan imaginasi untuk menyediakan gambaran cerita drama mereka," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan