Tiada Kekosongan Kerusi Exco Pahang Untuk Wakil MCA - Adnan

Diterbitkan: Isnin, 21 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata tiada kekosongan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang untuk diisi oleh MCA.

Bagaimanapun katanya kerajaan negeri akan mengatur semula perjawatan di peringkat majlis perbandaran dan majlis daerah bagi membolehkan wakil MCA dilantik ke jawatan itu.

"Begitu juga untuk jawatan pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) terutama di kampung-kampung baharu Cina, kita akan ambil orang MCA," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Beliau mengulas keputusan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA semalam yang meluluskan resolusi membenarkan anggota parti menerima pelantikan jawatan peringkat kerajaan negeri.

EGM itu meluluskan dua resolusi yang membenarkan anggota menerima pelantikan sebagai anggota Dewan Negara atau sebarang jawatan dalam kerajaan seperti anggota Lembaga Pelawat Hospital dan syarikat milik kerajaan (GLC).

Pengerusi EGM Datuk Yip Phooi Hong berkata anggota juga boleh menerima pelantikan jawatan di peringkat kerajaan negeri, Exco, anggota majlis, ketua masyarakat atau sebarang jawatan bersesuaian.

Adnan berkata kerajaan negeri Pahang mengalu-alukan kehadiran semula wakil-wakil kaum Cina yang pastinya akan memudahkan apabila pelantikan semua diadakan.

Sementara itu, beliau berkata semua pihak perlu menerima keputusan perwakilan dalam pemilihan parti kali baru-baru ini yang memilih untuk mengekalkan tiga naib presiden iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien.

Katanya keputusan mengekalkan ketiga-tiga pemimpin tersebut adalah kehendak perwakilan dan perlu dihormati.

"Apa jua yang berlaku dalam pemilihan kita kena akur dengan kehendak anggota kerana anggota Umno pada keseluruhannya telah mengamalkan prinsip demokrasi dan telah memilih ketiga-tiga Naib Presiden ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan