Tahap Keselamatan Di Esszone Terkawal - Mohammad

Diterbitkan: Isnin, 21 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Tahap keselamatan di kawasan Zon Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esszone), terutama di Lahad Datu, kini terkawal dan keadaan kembali pulih sejak insiden pencerobohan Februari lepas.

Menurut Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek, bagi memastikan tahap keselamatan terus terkawal, Esscom sedang dan akan melaksanakan pelbagai program.

Selain meningkatkan kekuatan pasukan keselamatan, Esscom juga merancang menempatkan semula penduduk perkampungan air di kawasan Esszone dengan projek perintis di tiga daerah iaitu Semporna, Sandakan dan Lahad Datu, katanya kepada pemberita, Isnin.

Mohammad ditemui selepas menyampaikan taklimat terkini mengenai Esscom kepada rombongan Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan pelaburan Sabah (SEDIA), di Ibu Pejabat Esscom di sini.

Katanya sekalipun insiden pencerobohan di Kampung Tanduo itu menjejaskan sedikit sektor pelancongan Sabah, penubuhan Esscom menaikkan keyakinan rakyat dan pelabur luar.

Sebagai contoh katanya, pada 7 Oktober lalu, Kluster Perindustrian Minyak Sawit Lahad Datu memeterai memorandum persefahaman dengan Evolution Energy LLC dari Amerika Syarikat yang boleh menjana pelaburan sehingga RM500 juta bagi menghasilkan petrol, diesel, bahan api penerbangan dan arang batu pembakaran bersih daripada pelepah dan batang sawit, pada lewat 2015.

"Selain itu, seperti yang dinyatakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang juga Pengerusi Esscom baru-baru ini, Amerika Syarikat berminat melabur sebayak US$2 bilion (RM6 bilion) dalam penternakan lobster yang diketuai Darden Inc. di Semporna, Sabah, sekali gus menunjukkan keyakinan para pelabur luar negara terhadap tahap keselamatan di kawasan ini," katanya.

Mengenai pewujudan Bilik Gerakan Esscom yang beroperasi 24 jam sejak 12 Ogos lepas, Mohammad berkata setakat Jumaat lalu, bilik gerakan itu menerima 54 aduan yang kebanyakannya berkaitan dengan kehadiran orang yang diragui atau pendatang asing tanpa izin.

Katanya aduan termasuk meminta Esscom atau pasukan keselamatan meningkatkan rondaan di kawasan perkampungan mereka untuk membanteras jenayah selain mencadangkan bancian penduduk seperti di Mukim Simunul Semporna turut diadakan di kawasan mereka.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya atau membuat pertanyaan melalui talian 089-863181 atau faks 089-863182. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan