Shafie Menang Majoriti Besar Jawatan Ketua Umno Semporna

Diterbitkan: Isnin, 21 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menang dengan majoriti besar bagi jawatan Ketua Umno Bahagian Semporna dalam pertandingan tiga penjuru pada pemilihan parti Sabtu lepas.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Umno Semporna Isnin, Mohd Shafie yang juga Anggota Parlimen Semporna memperoleh 1,309 undi mengalahkan dua pencabarnya iaitu bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sulabayan Datuk Harman Mohamad yang mendapat 187 undi dan bekas Ketua Pemuda Umno Semporna Nixon Abdul Habi yang memperoleh 48 undi.

Jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Semporna pula berjaya dipertahankan oleh Datuk Seri Nasir Tun Sakaran apabila memperoleh 855 undi, menewaskan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Semporna Datuk Ramlee Marahaban yang mendapat 662 undi.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sulabayan Datuk Jaujan Sambakong pula memenangi jawatan Naib Ketua Umno bahagian itu apabila mendapat 1,034 undi mengalahkan Datuk Basali Tarireh yang memperoleh 453 undi.

Pengumuman keputusan itu dibuat Pengerusi Tetap Umno Bahagian Semporna Datu Eranza Datu Seribu kira-kira pukul 9 malam, Ahad. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan