RTP, RTC Model Terbaik Pembangunan Luar Bandar - Shafie

Diterbitkan: Isnin, 21 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) adalah antara model terbaik pembangunan luar bandar yang boleh dijadikan contoh oleh negara luar.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata RTC berpotensi membantu masyarakat luar bandar menceburi bidang keusahawanan, dan perniagaan merupakan pendekatan proaktif bagi meningkatkan pendapatan seterusnya membasmi kemiskinan golongan berkenaan.

Model itu juga boleh dikongsi dengan negara luar terutama negara anggota Organisasi Pembangunan Luar Bandar Afrika-Asia (AARDO) supaya ia dapat digunakan untuk membangunkan kawasan dan masyarakat luar bandar di negara mereka.

"Jika perlu, kita boleh bawa mereka (anggota AARDO) untuk melihat bentuk RTC yang ada supaya mereka lebih mengenali cara dan sistem Malaysia mengatasi kemiskinan di kawasan luar bandar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif AARDO Sesi ke-64 di sini, Isnin.

AARDO dianggotai 30 negara termasuk Malaysia, India, Bangladesh, Nigeria, Malawi, Zambia dan Mesir. Mesyuarat empat hari itu memberi peluang kepada negara anggota untuk bertukar-tukar pendapat, idea dan pengetahuan melibatkan pembangunan pertanian dan kawasan luar bandar.

Malaysia yang pernah menjadi tuan rumah mesyuarat sama pada 1995, akan membincangkan langkah negara membasmi kemiskinan dan membangunkan sosioekonomi masyarakat luar bandar.

Mohd Shafie berkata inisiatif terbaik perlu disediakan kepada golongan belia dan wanita bagi memperkasa kemahiran dan kebolehupayaan mereka dalam memastikan kejayaan transformasi pembangunan luar bandar.

"Pembangunan luar bandar tidak hanya tertumpu kepada pembangunan fizikal seperti membuat jalan raya, menyediakan api dan air, tetapi kawasan luar bandar juga perlu dibangunkan dengan pembangunan ekonomi setempat.

"Sebagai contoh, Rural Business Challenge yang diperkenalkan adalah sebagai usaha membantu membangunkan golongan belia yang berkecimpung dalam bidang perniagaan dan diberi bimbingan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan