PRK Sungai Limau: Fadzillah Mungkin Dapat Peluang Kedua Wakili BN

Diterbitkan: Isnin, 21 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau berkemungkinan menyaksikan saingan antara seorang arkitek dan ahli agama jika Barisan Nasional (BN) menggunakan strategi di luar kebiasaan dalam usaha merampas kerusi berkenaan daripada PAS.

BN mungkin akan memberi peluang kedua kepada bekas calon kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Datuk Mohd Fadzillah Mohd Ali sementara PAS dikatakan memilih muka baru iaitu Ketua Pemuda PAS Jerai, Azam Samad.

Kedua-dua parti akan mengumumkab nama calon masing-masing pada Isnin.

Kerusi DUN Sungai Limau diisytiharkan kosong berikutan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak pada bulan lalu.

Azizan dianggap sebagai 'lagenda' Sungai Limau kerana berjaya mempertahankan kerusi itu selama lima penggal berturut-turut sejak 1995.

Mohd Fadzillah dan Azizan adalah sepupu manakala Azam dikatakan menjadi 'pengikut politik' kepada Azizan.

Azizan mengekalkan kerusi itu pada PRU-13 Mei lepas dengan memperoleh 13,294 undi menewaskan Mohd Fazillah dengan majoriti 2,774 undi.

Selain itu calon lain yang disenarai pendek oleh BN ialah Datuk Muhammad Suhaimi Abdullah dan Datuk Ikmal Ismail.

Walau bagaimanapun, Suhaimi berkemungkinan boleh digugurkan ekoran kegagalannya untuk mempertahankan jawatan Ketua Umno Bahagian Jerai dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Sementara itu pemimpin tempatan berkata Ikmal yang merupakan pembantu kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mungkin tidak akan dipilih kerana beliau berasal dari DUN Guar Chempedak.

"Adalah lebih baik untuk meletakkan calon tempatan yang biasa dengan pengundi di sini," kata seorang sumber dalaman parti.

Sementara itu calon potensi lain daripada PAS ialah Setiausaha PAS Kawasan Jerai, Muzaini Azizan dan Ketua Pemuda Sungai Limau, Mohd Muaz Othman.

Mohd Muaz juga merupakan pengasas sebuah sekolah agama di Bukit Besar.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan