Kerajaan Teruskan Bantuan Kewangan Bagi Menyukat Tanah Adat Di Sabah

Diterbitkan: Isnin, 21 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kerajaan pusat akan meneruskan bantuan kewangan bagi kerja menyukat tanah di Sabah untuk pengeluaran geran komunal, kata Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin.

Perdana Menteri berkata bantuan kewangan itu penting bagi membolehkan kerajaan negeri menampung keperluan kewangan tahunan sementara melaksanakan langkah interim untuk memastikan hak tanah adat rakyat di negeri ini dilindungi.

"Saya sedar pentingnya tanah adat di Sabah. Jadi saya luluskan agar peruntukan terus disalurkan untuk tujuan ini," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Bersatu Sabah (PBS) kali ke-28 di sini.

Terdahulu, Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, berkata biarpun isu tuntutan tanah adat di Sabah dan Sarawak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, peruntukan yang diberikan oleh kerajaan pusat amat bermakna kerana penyukatan tanah memerlukan peruntukan yang banyak.

Beliau berkata geran komunal merupakan langkah yang dikenal pasti oleh kerajaan negeri untuk mempercepatkan penyelesaian tuntutan tanah adat di Sabah.

Pairin berkata sSetakat Ogos lepas, kerajaan negeri melalui Jabatan Tanah dan Ukur Sabah menyediakan 62 geran komunal melibatkan 33,812 hektar tanah.

"Jumlah orang yang akan mendapat manfaat daripada geran-geran komunal ini adalah seramai 8,115 orang dari 155 kampung," katanya.

Beliau berkata kerja pengukuran tanah bagi pengeluaran geran berkenaan belum siap sepenuhnya dan memerlukan perbelanjaan serta logistik yang besar.

Setakat ini, beliau berkata daerah yang mendapat manfaat daripada geran itu termasuk Pensiangan, Nabawan, Kota Marudu dan Tongod. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan