Kerajaan Komited Capai Sasaran Defisit Fiskal 3 Peratus Daripada KDNK Pada 2015

Diterbitkan: Isnin, 21 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan komited untuk mencapai sasaran defisit fiskal pada paras tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada 2015 dan bajet berimbang pada 2020.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan berkata selaras dengan usaha konsolidasi fiskal, kerajaan akan memastikan paras defisit terus turun kepada empat peratus daripada KDNK tahun ini.

"Kerajaan juga komited untuk memastikan perbelanjaan mengurus tidak melebihi hasil dan pinjaman hanyalah untuk membiayai perbelanjaan pembangunan.

"Komitmen tersebut penting bagi mengawal paras hutang sebagai peratusan KDNK agar tidak melebihi 55 peratus, selain memastikan kemapanan fiskal negara dalam jangka panjang," katanya dalam jawapan bertulis kepada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) di Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Er meminta Menteri Kewangan menyatakan jumlah hutang negara dan peratus hutang negara berbanding KDNK sehingga kini.

Najib berkata unjuran rasmi kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan bagi akhir tahun ini akan diterbitkan dalam Laporan Ekonomi 2013/2014 Kementerian Kewangan yang akan diedarkan di Parlimen pada Jumaat ini.

Beliau berkata hutang negara adalah hutang yang ditanggung oleh negara berikutan pinjaman yang diperoleh oleh kerajaan dan swasta daripada punca luar negeri sahaja.

"Hutang negara merangkumi hutang luar negeri Kerajaan Persekutuan, Perusahaan Awam Bukan Kerajaan (PABK) dan sektor swasta. Pada akhir Jun lepas, jumlah hutang negara adalah sebanyak RM284.7 bilion atau 28.2 peratus daripada KDNK," katanya.

Bagaimanapun, katanya jika hutang negara yang dimaksudkan hutang Kerajaan Persekutuan, maka ia melibatkan hutang yang ditanggung Kerajaan Persekutuan daripada sumber dalam dan luar negeri.

"Sehingga Jun lepas, jumlah hutang Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM519.3 bilion atau 53 peratus daripada KDNK.

"Daripada jumlah tersebut, RM502.9 bilion atau 96.8 peratus merupakan hutang dalam negeri manakala baki RM16.5 bilion atau 3.2 peratus merupakan hutang luar negeri," katanya.

Katanya jumlah hutang luar negeri yang rendah adalah selaras dengan dasar kerajaan untuk mengutamakan pinjaman dalam negeri yang mempunyai kecairan yang tinggi, kos pinjaman yang lebih rendah serta dapat meminimumkan risiko pertukaran mata wang asing.

Najib berkata kerajaan terus melaksanakan dasar pengurusan hutang yang berhemat di mana pinjaman dibuat selepas mengambil kira kemampuan membayar balik.

Katanya sehingga kini, semua pembayaran balik hutang telah dibuat dengan teratur seperti yang dijadualkan.

"Bagi tahun lepas, jumlah bayaran balik pinjaman (prinsipal) adalah sebanyak RM62.2 bilion manakala jumlah bayaran faedah atau khidmat hutang adalah sebanyak RM19.5 bilion atau 9.5 peratus daripada perbelanjaan mengurus," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan