Kerajaan Diminta Kenakan Levi Lebih Tinggi Terhadap Pekerja Asing Dalam Sektor Perkhidmatan

Diterbitkan: Isnin, 21 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengenakan levi yang lebih tinggi dalam Belanjawan 2014 terhadap pekerja asing dalam sektor perkhidmatan bagi menggalakkan keusahawanan tempatan dan meningkatkan pekerjaan, kata pakar ekonomi Dr Jorah Ramlan.

Belanjawan 2014 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jorah berkata dalam jangka masa panjang, mengambil penduduk tempatan akan menyumbang kepada pembangunan modal insan dalam sektor perkhidmatan, pembuatan, pembinaan, perladangan, sektor pertanian dan bantuan domestik.

"Sektor perkhidmatan, seperti restoran, perkhidmatan pembersihan, pengendalian kargo dan borong atau runcit, merupakan penyumbang utama kepada ekonomi dan perlu kurang bergantung kepada pekerja asing.

"Levi yang lebih tinggi akan mengurangkan bilangan mereka," katanya.

Jorah berkata terdapat keperluan peruntukan bagi pembangunan infrastruktur rel, termasuk inisiatif untuk melanjutkan perkhidmatan rel ke bandar-bandar utama, pinggir bandar dan luar bandar dalam Belanjawan 2014.

"Cadangan projek berkaitan rel itu akan memberi manfaat kepada pengguna dan akan meningkatkan kesan berganda," kata Jorah.

Beliau berkata pembangunan infrastruktur itu dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan bandar-bandar baharu dan akan meningkatkan peluang perniagaan melalui projek-projek perkongsian awam dan swasta. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan