Keputusan Isu Kalimah Allah Tidak Libat Kristian Di Sabah & Sarawak - Najib

Diterbitkan: Isnin, 21 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penggunaan kalimah Allah tidak melibatkan amalan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

Najib berkata perkara yang terkandung dalam resolusi 10 perkara peringkat kabinet pusat itu akan dikekalkan di kedua-dua negeri.

"Baru-baru ini apabila Mahkamah Rayuan membuat keputusan mengenai kalimah Allah, ia tidak menyentuh sama sekali mengenai amalan Kristian di Sabah dan Sarawak, malah 10 points agreement masih dikekalkan," katanya.

Najib yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berucap demikian semasa merasmikan Perhimpunan Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) ke-28 di Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di sini Isnin.

Mahkamah Rayuan di Putrajaya membuat keputusan bahawa 'The Herald', penerbitan mingguan Katolik dilarang daripada menggunakan kalimah Allah pada 14 Oktober lepas untuk membenarkan rayuan kerajaan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah 'Allah' bagi merujuk kepada Tuhan.

Turut hadir pada majlis itu, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Perdana menteri mengingatkan semua anggota masyarakat bahawa satu daripada prasyarat untuk menjalani kehidupan aman damai adalah menjaga hubungan antara kaum dan penganut agama di negara ini.

"Kepada rakyat Sabah, harap jangan ada sesiapa rasa tertekan kerana amalan setiap penganut agama akan kekal seperti mana sebelum ini.

"Jika kita hidup dalam aman, keharmonian kaum dan agama dapat kita kekalkan, dipupuk dan diperkukuhkan. Kita (kerajaan) juga ingin lihat bagaimana kita dapat membawa lebih pembangunan di Sabah terutama di kawasan desa dan luar bandar," katanya.

Beliau berkata sebelum gagasan 1Malaysia diperkenalkan, Sabah telah mengamalkannya dalam keserasian, keunikan kumpulan pelbagai bangsa dan etnik, selain cermin kepada konsep masyarakat 1Malaysia.

Sehubungan itu, Najib berkata semua pihak juga harus saling menjaga sensitiviti agama selaras usaha kerajaan memupuk perpaduan dalam kepelbagaian kaum di negara ini.

"...maka kita perlu uruskan segala yang berkait dengan hubungan etnik dan agama dengan saling memahami sensitiviti antara kaum.

"Pokoknya seperti yang saya katakan bahawa kalau kita ambil dua kumpulan besar dalam negara, maka rahsia yang boleh membawa keharmonian kepada penganut agama bukanlah terlalu sukar untuk dicapai...ia bukanlah 'roket science', ia berasaskan pertimbangan yang rasional dan waras," katanya.

Perdana menteri berkata pertimbangan itu mudah sahaja, iaitu orang Islam tidak seharusnya menyakiti hati bukan Islam dan orang bukan Islam juga tidak patut menyakiti hati orang Islam.

Jika semua rakyat berpegang kepada prinsip itu, selain sentiasa disemat dalam ingatan, maka negara akan aman dan harmoni seperti yang dilihat dalam perpaduan rakyat Sabah termasuk anggota PBS sehingga kini, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 28 Jun 2017 3:30 PM

Kenapa Amyra Rosli Geram?

Rabu, 28 Jun 2017 12:00 PM

Amboi... Nabil Tak Puas Hati Dengan Skrip?

Rabu, 28 Jun 2017 9:00 AM

Lucu... Kisah Raya Floor88

Selasa, 27 Jun 2017 3:00 PM

Ardell Dah Jemu Berlakon?

Selasa, 27 Jun 2017 2:25 PM

Siti Nurhaliza Pun Naik ETS Tau!

Selasa, 27 Jun 2017 9:33 AM

Hazman dan Eryn Raya Bersama?

Isnin, 26 Jun 2017 3:00 PM

Dapat Impak Ramai Penyanyi Bernama 'Wani'

Isnin, 26 Jun 2017 12:09 PM

Kisah Raya 3 Teruna

Isnin, 26 Jun 2017 9:30 AM

Selongkar Raya Zara Zya

Kolumnis

iklan

Iklan