Kanak-Kanak Terkena Tembakan Tidak Alami Kesan Buruk Pembedahan

Diterbitkan: Isnin, 21 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Mohd Amar Mohd Azizi, 10, yang cedera akibat terkena tembakan tidak mengalami sebarang kesan buruk selepas menjalani pembedahan berisiko tinggi bagi mengeluarkan peluru daripada kerongkongnya.

Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Jabatan Neurosurgeri, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Dr Cheang Chee Keong berkata pembedahan berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi dengan bantuan peralatan pembedahan seperti 'Image Guided System' dan 'Intra operative Monitor'.

"Amar kini dipantau di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) dan pagi ini dia (Amar) stabil dan tidak ada sebarang kesan buruk yang berlaku. Lewat petang semalam dia sudah boleh bercakap dan minum air," katanya ketika ditemui pemberita di HRPB di sini, Isnin.

Dr Cheang berkata tulang leher Amar mengalami keretakan akibat kejadian itu dan kini disokong 'collar neck' untuk sementara waktu bagi menampung lehernya.

"Pagi tadi kita buat imbasan lagi dan mendapati tulang leher Amar sudah retak. Selepas dua bulan kita akan lihat semula leher dia sama ada perlu pembedahan atau tidak untuk menstabilkan lehernya," katanya sambil menambah Amar dijangka dibenarkan keluar hospital tiga hari lagi.

Pembedahan untuk mengeluarkan peluru daripada kerongkong Mohd Amar yang bermula 9.30 pagi melibatkan beberapa pakar bedah dari Jabatan Neurosurgeri dan Otorinolaryngiologi (ENT) dibantu oleh pakar Anaestesiologi tamat pukul 12 tengah hari semalam.

Mohd Amar menerima rawatan di PICU hospital berkenaan selepas cedera terkena tembakan ketika seorang anggota polis yang sedang mengosongkan pistol automatiknya jenis P99 Walther terlepas tembakan di hadapan sebuah rumah di Kampung Belanja Kiri, Parit, Isnin lepas.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri Nolee Ashilin Mohammed Radzi yang turut hadir mengucapkan terima kasih kepada semua pakar yang terlibat dalam pembedahan itu yang diketuai Dr Cheang termasuk semua jururawat dan paramedik yang bertugas pada hari kelepasan Am untuk kes itu.

Mohd Azizi Abdullah Halim, 48, bapa kepada Mohd Amar ketika ditemui melahirkan rasa syukur kerana anaknya selamat menjalani pembedahan.

"Ketika Amar sedar selepas menjalani pembedahan semua adik beradiknya ada dan dia meminta air kerana dahaga. Saya lihat dia mempunyai semangat yang kuat dan masih boleh tersenyum, rakan-rakan yang datang melawatnya turut memberi kata-kata semangat kepadanya," katanya.

"Saya juga berterima kasih kepada doktor pakar dan jururawat yang terlibat dalam pembedahan itu," katanya.

Ditanya mengenai tindakannya berhubung kejadian itu, Mohd Azizi berkata buat masa sekarang dia akan menumpukan perhatian kepada kesihatan Mohd Amar. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan