Felda Tidak Akan Bersaing Dengan Mana-Mana Syarikat Di Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 21 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Felda tidak akan bersaing dengan mana-mana syarikat di Malaysia, termasuk Sime Darby, dalam pelaburan yang dilakukannya, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.

Beliau berkata pelaburan Felda dalam aktiviti bukan teras perladangan merupakan jaminan disebabkan 'kita tidak boleh mengharapkan kelapa sawit untuk memberikan kewangan kukuh pada masa akan datang'.

"Namun kita memberi jaminan seboleh-bolehnya tidak akan bersaing atau menyempitkan ruang syarikat di Malaysia supaya tidak timbul persepsi Felda hanya memikirkan keuntungan," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Johari Abdul Ghani (BN-Titiwangsa) yang ingin mengetahui sama ada Felda akan menjadi sebuah organisasi seperti Sime Darby berikutan sejak kebelakangan ini ia semakin kerap melibatkan diri dalam aktiviti bukan teras perladangan.

Ketika menjawab soalan asal Lim Guan Eng (DAP-Bagan) berhubung pembelian hotel di London bernilai 98 juta pound (RM499.8 juta), Razali berkata ia merupakan pelaburan yang menguntungkan dan nilaiannya di atas kertas pada hari kira-kira 115 juta pound.

"Kajian di kawasan itu mendapati ia merupakan pelaburan yang menguntungkan," katanya.

Beliau menjelaskan pembelian hotel itu bukan dilakukan oleh Felda Global Ventures Sdn Bhd (FGV), tetapi oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC), dan pembelian itu sudah tentu dibuat mengikut keputusan mesyuarat.

"Tidak timbul pembelian itu tidak mendapat keputusan majoriti pemegang saham," katanya.

Razali menjelaskan FIC berperanan sebagai syarikat induk bagi Felda untuk menyusun semua syarikat subsidiari dan bersekutu yang dimiliki Felda dan akan melaksanakan aktiviti pelaburan strategik bagi pihak Felda.

Katanya semua pelaburan yang dibuat Felda dan anak-anak syarikatnya dipantau rapi supaya pulangan yang diharapkan berhasil dan memberangsangkan.

Beliau menegaskan Felda ialah agensi yang sangat besar dan sangat berjaya serta merupakan koperasi terbaik, dari sudut hasil, pengagihan dan juga pengendaliannya.

Lim Guan Eng dalam soalan asalnya bertanyakan jumlah dan jenis pelaburan Felda dalam perniagaan seperti perhotelan di London yang tidak berkaitan dengan aktiviti teras perladangan komoditi setiap tahun sejak 2000. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan