Batu Seberat Lima Tan Jatuh Dari Bukit

Diterbitkan: Isnin, 21 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BALIK PULAU: Tindakan pantas seorang lelaki yang menjerit dan melambai bagi memaklumkan seketul batu seberat lima tan yang sedang menggelongsor jatuh dari bukit di Jalan Tun Sardon, di sini berjaya menyelamatkan seorang penunggang motosikal yang melalui jalan berkenaan.

Dalam kejadian pada 1 tengah hari itu, batu berkenaan bergolek ke bawah sebaik sebatang pokok di kawasan itu tumbang ekoran tanah mendap dan mengakibatkan laluan dari Balik Pulau menghala ke Paya Terubong ditutup menjadi satu lorong lebih empat jam.

Azan Sulaiman, 45, berkata ketika kejadian beliau dalam perjalanan ke George Town dan terkejut sebaik mendengar bunyi detuman yang kuat sebelum melihat batu besar terjatuh dari atas bukit.

Katanya beliau terus menjerit dan melambai tangan kepada seorang wanita yang sedang menunggang motosikal melalui jalan itu bagi memaklumkan terdapat batu sedang jatuh.

"Saya naik motosikal dari arah Balik Pulau menuju ke pusat bandar, tiba-tiba saya dengar bunyi dentuman yang kuat dan dikuti pokok tumbang. Tidak lama selepas itu ada batu besar jatuh bergolek dari atas bukit.

"Saya sendiri panik ketika itu, mujur batu itu tidak menghempap wanita yang berusia 20-an kalau tidak pasti keadaan akan menjadi lebih teruk," kata Azan kepada pemberita di sini, Isnin.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Kerja Raya (JKR) berkata tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Katanya JKR menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan terdapat batu di bahagian kiri jalan Balik Pulau menghala Paya Terubong.

"Kerja-kerja pembersihan dijalankan bagimanapun kita menghadapi kesukaran selepas jengkaut seberat tiga tan mengalami kebocoran gas hidraulik ketika mengalihkan batu itu.

"Tetapi selepas empat jam, batu itu berjaya dialihkan ke bahu jalan bagi mengelakkan kesesakan jalan raya dengan menggunakan jengkaut seberat lima tan dan pengguna kini boleh menggunakan laluan itu seperti biasa," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan