Banjir: Lebih 1,000 Mangsa Dipindahkan

Diterbitkan: Isnin, 21 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua negeri di utara Semenanjung dilanda banjir menyebabkan lebih 1,000 penduduk dari daerah Manjung di Perak dan Kepala Batas serta Tasek Gelugor di Pulau Pinang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir, Isnin.

Sehingga lewat petang ini, seramai 838 penduduk di daerah Manjung dipindahkan ke empat pusat pemindahan banjir di daerah itu manakala 400 orang dari Tasek Gelugor dan 40 orang penduduk di Kepala Batas dipindahkan.

Di IPOH, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis Mohd Asri Mohd Ariff berkata sebanyak 146 mangsa daripada 38 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan di Dewan Taman Bintang susulan hujan yang berterusan sehingga pagi Isnin.

"Lewat petang Ahad pusat pemindahan dibuka di Sekolah Agama Rakyat Padang Serai bagi menempatkan 47 mangsa daripada 12 keluarga," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Beliau berkata mangsa terbabit merupakan penduduk di Taman Bintang dan Kampung Ujung Pasir.

Pada Ahad, penduduk di Kampung Pantai Tin, Taman Pantai Wang, Kampung Tebuk Yan, Parit Marikan dan Batu 13 Segari terpaksa dipindahkan, katanya.

"Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Sungai Batu hari ini meningkat kepada 585 orang berbanding 530 semalam manakala di Dewan Orang Ramai Tebuk Yan meningkat kepada 60 mangsa," katanya.

Beliau berkata keadaan banjir dilihat bertambah buruk, dan memberitahu bahawa selain faktor hujan lebat, fenomena air pasang juga menjadi punca banjir.

Di KEPALA BATAS, seramai 40 orang yang tinggal di Pantai Kamloon dan Bumbung Lima, di sini dipindahkan berikutan rumah mereka dinaiki air sehingga paras pinggang selepas hujan lebat lebih tiga jam hari ini.

Pegawai Khas Anggota Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Nazli Aziz berkata keadaan banjir menjadi bertambah buruk apabila air laut pasang.

"Kawasan yang terjejas teruk ialah di Bumbung Lima," katanya kepada pemberita selepas menguruskan perpindahan dan menyampaikan keperluan asas kepada mangsa banjir di sini Isnin.

Nazli berkata bagi kawasan Pantai Kamloon, seramai 16 orang daripada tiga rumah dipindahkan ke Masjid Pantai Kamloon.

Sementara itu di Tasek Gelugor, Anggota Parlimen kawasan itu Datuk Shahbudin Yahaya berkata jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan meningkat kepada 400 orang petang ini berbanding 300 orang Ahad.

Beliau berkata semua mereka adalah penghuni di 60 rumah di 13 kampung yang terletak berhampiran Sungai Jarak, dekat sini.

"Cuaca hari ini masih hujan dan saya bimbang jika air banjir itu akan terus naik," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan