Bajet Alternatif Pembangkang Kaji Hapus PLKN

Diterbitkan: Isnin, 21 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pembangkang akan memperuntukan sebanyak RM228 bilion menerusi bajet alternatif Pakatan Rakyat dengan anggaran defisit berjumlah RM34 bilion bersamaan anggaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar 3.2 peratus.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembangkang menganggarkan perbelanjaan negara pada 2014 adalah sebanyak RM262 bilion iaitu pengurangan sebanyak 10 peratus pada perbelanjaan operasi (Opex).

Menurut Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, pembangkang akan menumpukan tiga teras utama menerusi Bajet Alternatif 2014 iaitu mengukuhkan kedudukan fiskal negara serta pemerkasaan kewangan awam, pembangunan ekonomi yang seimbang, inklusif dan mampan.

Selain itu pembangkang juga berjanji akan berusaha meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat," katanya ketika membentangkan bajet pembangkang pada Isnin.

Perbentangan tersebut dibuat empat hari sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2014 pada Jumaat ini.

Selain itu menerusi bajet berkenaan, pembangkang akan melancarkan program rasionalisasi kos perbelanjaan kementerian dan jabatan kerajaan untuk mencapai pengurangan perbelanjaan operasi sebanyak 10 peratus

"Pengurangan ini akan dicapai melalui beberapa kaedah seperti penangguhan sementara kenaikan elaun menteri kabinet dan ketua-ketua jabatan kerajaan," katanya.

Menurut Anwar, pembangkang juga akan mengurangkan atau menghapuskan perbelanjaan program yang tidak berkesan seperti Program Latihan khidmat Negara (PLKN).

"PLKN yang dilihat gagal mencapai objektif memupuk kesatuan kaum dan jatidiri di kalangan pelatih-pelatih. Program ini menelan belanja tahunan RM800 juta yang lebih besar dari perbelanjaan Kementerian Belia dan Sukan yang mempunyai matlamat yang sama.

"Program ini juga menyebabkan sebanyak 22 kematian sejak penubuhannya dan sebilangan kes pelatih hamil yang bersalin sewaktu di dalam progam, disebabkan perancangan dan perlaksanaan program yang tidak baik. Program ini patut ditangguhkan sehingga satu kajian menyeluruh dibuat oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC)," katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan