Abdul Karim Pengarah JKR Negeri Sembilan Yang Baharu

Diterbitkan: Isnin, 21 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Pengurusan Korporat Jabatan Kerja Raya (JKR) Abdul Karim Mohd Tahir dilantik sebagai Pengarah JKR Negeri Sembilan yang baharu berkuat kuasa, Isnin.

Beliau menggantikan Datuk Ir Dr Roslan Md Taha yang dilantik sebagai Pengarah Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga di Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur.

Majlis serah terima tugas antara Roslan dan Abdul Karim, 53, berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Seremban di sini dengan disaksikan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Bercakap kepada pemberita, Roslan, 54, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih khususnya kepada menteri besar yang banyak membantu beliau dalam melaksanakan tugas.

"Saya rasa selama tempoh saya di negeri ini banyak juga pencapaian yang telah kita kecapi. Ini semua berkat kerjasama dan sokongan padu semua pihak," katanya.

Ketika berucap pada masjlis itu, Mohamad berkata selama menjadi Menteri Besar beliau merasa amat beruntung kerana mendapat kerjasama dan sokongan yang amat baik daripada JKR Negeri Sembilan.

Beliau berharap kerjasama itu akan diteruskan untuk membantu kerajaan Negeri Sembilan melaksanakan pembangunan yang sedang rancak dijalankan dan dirancang untuk masa depan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan