10 Muka Baharu Dalam Saf Anggota MT

Diterbitkan: Isnin, 21 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sepuluh muka baharu termasuk dua bekas ketua Pergerakan Puteri pusat menyertai barisan 25 kerusi Majlis Tertinggi (MT) Umno susulan pemilihan parti pada Sabtu.

Mereka ialah Datuk Abdul Rahman Dahalan, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, Datuk Ab Aziz Kaprawi, Datuk Reezal Merican Naina Merican dan Datuk Sohaimi Shahadan.

Dua bekas pemimpin Puteri itu ialah Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Datuk Seri Azalina Othman Said.

Yang lain ialah Datuk Seri Mohamad Hasan, Datuk Hasan Malek dan Tan Sri Annuar Musa. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Tan Sri Tajol Rosli Ghazali mengumumkan keputusan rasmi muktamad pemilihan itu pada sidang akhbar khas di Menara Dato' Onn, di sini, Ahad.

Rosnah dan Azalina, sebelum ini pernah menganggotai MT atas kapasiti sebagai ketua sayap berstatus naib presiden manakala Annuar Musa pula membuat kemunculan semula selepas menyandang jawatan itu bagi penggal 2000-2003.

Sebanyak 15 penyandang dipilih semula iaitu Datuk Seri Mustapa Mohamed, Datuk Seri Idris Haron, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Idris Jusoh, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Datuk Seri Jamaludin Jarjis, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Yang lain ialah Dr Mohd Puad Zarkashi, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad, Datuk Bung Moktar Radin, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Razali Ibrahim.

Mustapa kekal sebagai penyandang di tempat pertama kerusi anggota MT dengan kali ini meraih 186 undi dengan 89,560 jumlah undi perwakilan.

Sebelum ini, Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menang tanpa bertanding.

Pengerusi Tetap Tan Sri Badruddin Amiruldin turut menang tanpa bertanding manakala timbalannya Datuk Mohamad Aziz mengekalkan jawatan setelah memperoleh 166 undi mengalahkan dua pencabarnya Datuk Abdul Rahman Palil dan Ahmad Fariz Abdullah. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan