Tun Mahathir Sudah Jangka Kekalahan Mukhriz

Diterbitkan: Ahad, 20 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed berkata beliau sudah menjangka awal-awal lagi anaknya Datuk Mukhriz tidak akan berjaya dalam percubaan merebut satu daripada tiga jawatan Naib Presiden Umno.

Katanya, keputusan pemilihan pada Sabtu juga menunjukkan anggota Umno terus mahukan muka-muka lama.

"Saya nampak orang lama yang dipilih semula, nampak Umno hendak orang lama kekal," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian hadiah Kejohanan Mendayung dan Perahu Panjang Putrajaya 2013, di sini Ahad.

"Sebelum dia (Mukhriz) bertanding lagi, saya dah kata dia (Mukhriz) nak kalah, dia (Mukhriz) punya peluang 50-50 atau kurang. Saya punya andaian memang betullah," katanya.

Sebanyak 146,500 perwakilan dari sejumlah 191 bahagian Umno mengundi mengikut sistem electoral college bagi memilih tiga Naib Presiden baharu.

Setiap seorang daripada tiga calon yang memperoleh bilangan undi paling banyak daripada perwakilan bahagian, dikira meraih satu undi dari bahagian berkenaan. Keputusan rasmi pemilihan Naib Presiden yang diumum awal pagi Ahad menunjukkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang memperoleh 100 undi bahagian mendapat saingan sengit daripada Mukhriz yang memperoleh 91 undi bahagian.

Ditanya sekiranya keputusan pemilihan jawatan Naib Presiden parti itu mungkin menyukarkan proses transformasi Umno, Tun Mahathir berkata keputusan pemilihan pada Sabtu membuktikan arus perubahan dalam parti itu tidak berjaya.

"Tak tahulah...sesetengah orang hendak perubahan. Sesetengah orang hendak kekal. Itu terpulanglah...

"Daripada segi fizikalnya, tak berjaya (transformasi). Tapi mungkin pemikiran orang yang dipilih ini akan menjadi baharu, ia (Umno) diremajakan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan