Shahrir Samad Kekal Ketua Umno Johor Bahru

Diterbitkan: Ahad, 20 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Tan Sri Shahrir Abdul Samad terus diberi kepercayaan oleh Umno Bahagian Johor Baharu apabila dipilih semula sebagai ketua bahagian pada pemilihan parti pada Sabtu.

Pengerusi Tetap Umno Bahagian Johor Baharu Daud Mohd Noor berkata Shahrir, 64, yang kali pertama dicabar selepas memegang jawatan itu sejak 31 tahun menerima 396 undi berbanding dua lagi pencabarnya iaitu Datuk Ahmad Kemin (137 undi) dan Zulkifli Ismail (16).

Shahrir yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) percaya kejayaan mengekalkan jawatan itu adalah hasil sokongan berterusan yang diberikan anggota bahagian berkenaan ke atas khidmat yang dilakukannya di Johor Baharu sejak 30 tahun dahulu. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan