Shahanim Menang Jawatan Timbalan Ketua Sungai Petani

Diterbitkan: Ahad, 20 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Bekas Naib Ketua Puteri Umno Shahanim Mohd Yusoff membuat kejutan dalam pemilihan Umno Bahagian Sungai Petani pada Sabtu apabila menang jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian itu.

Shahanim, 40, yang gagal menempatkan diri dalam barisan Exco Wanita Umno pada pemilihan minggu lepas, mendapat 389 undi manakala dua pencabarnya, Datuk Mohd Firdaus Mohd Zakaria meraih 278 undi dan Mahmad Rajaee Ghazali memperoleh 23 undi.

Beliau menyifatkan kejayaan itu sebagai kemenangan untuk golongan wanita.

"Setakat ini, belum ada Wanita Umno di Kedah dipilih menjadi Timbalan Ketua Bahagian dan ia menjadi satu sejarah baharu dalam Umno negeri ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Sungai Petani kini disandang Datuk Abdul Rahim Saad yang memperoleh 288 undi menewaskan dua pencabarnya, Ali Yahya penyandang merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri Pantai Merdeka (276 undi) dan Adnan Abdullah (163 undi). -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan