Penyokong VK Liew Adakan Mesyuarat Di Sandakan

Diterbitkan: Ahad, 20 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Kumpulan yang menyokong Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) yang dilanda masalah, Datuk V.K. Liew berjaya mengadakan mesyuarat khas parti pada hujung minggu.

Setiausaha agung LDP Loretto S Padua berkata kehadiran begitu menggalakkan dengan lebih 1,000 anggota dari kesemua bahagian LDP di negeri ini.

Dalam satu kenyataan di sini Ahad, beliau berkata kehadiran itu memberi petanda jumlah sokongan yang diberikan kepada Liew, timbalannya, Datuk Pang Yuk Ming, bendahari agung Charles O.Pang dan majlis tertinggi LDP.

"Kami diberi mandat semasa mesyuarat itu bagi menangguhkan pemilihan parti ke satu tarikh lain tahun ini, atau pada satu tarikh yang diluluskan Pendaftar Pertubuhan (ROS)," katanya.

Lorretio mendakwa pemilihan yang dikatakan Datuk Teo Chee Kang (sebagai presiden baharu) dan Datuk Chin Su Phin (timbalan presiden) dan barisan pemimpin mereka pada hujung minggu itu tidak berhak dari segi undang-undang, hanya kerana tiada pemilihan parti secara rasmi.

Pada 16 Oktober, Liew mengesahkan beliau menghadiri satu mesyuarat khas di ibu pejabat ROS di Putrajaya yang dipengerusikan ketua pengarahnya Mohammad Razin Abdullah dan timbalannya Alias Mamat.

Awal bulan ini, disebalik gesaan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya mengutamakan perpaduan, kumpulan penentang LDP yang diketuai pemimpin kanannya, Teo dan Chin, tetap mengadakan mesyuarat khas parti berasingan dan meluluskan undi tidak percaya terhadap presiden parti.

Perwakilan pada mesyuarat khas kumpulan penentang itu juga sebulat suara menyokong resolusi diluluskan Majlis Tertinggi pada 10 Sept lepas untuk menyingkirkan Liew sebagai presiden parti.

Melahirkan kebimbangannya terhadap krisis kepimpinan dalam parti itu, Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi Barisan Nasional (BN), dipetik sebagai berkata di sini baru-baru ini, bahawa beliau telah mengarahkan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor supaya berbincang dengan pihak-pihak berkenaan sama ada wujud kemungkinan untuk berdamai atau menyelesaikan masalah dan mencapai persefahaman untuk mengatasinya.

Krisis kepimpinan LDP tercetus baru-baru ini selepas Teo yang merupakan setiausaha LDP mengumumkan akan bertanding jawatan presiden.

Liew kemudian memecat Teo kerana didakwa melanggar perlembagaan parti dan gagal mematuhi arahan anggota majlis tertinggi.

Liew dipetik sebagai menegaskan mesyuarat majlis tertinggi pada 9 Jun memutuskan jawatan presiden dan timbalan presiden tidak akan ditandingi untuk mengelakkan perpecahan dalam kalangan anggota, dan minit mesyuarat direkodkan oleh Teo, yang juga Menteri Tugas-tugas Khas di Jabatan Ketua Menteri. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan