Pengiraan Semula Undi Naib Presiden Di Hulu Langat

Diterbitkan: Ahad, 20 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengiraan semula undi perlu dijalankan di bahagian Hulu Langat bagi pemilihan calon bertanding jawatan naib presiden.

Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abdul Rauf Yusoh berkata, pengiraan semula itu dilakukan kerana jumlah undi seri yang diterima di antara dua calon.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nama dua calon tersebut.

"Didapati jumlah undi seri bagi calon naib presiden di Hulu Langat.

"Pengiraan semula undi perlu dilakukan dan keputusan dijangka dapat diketahui dalam tempoh satu jam," katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu.

Abdul Rauf berkata, sekiranya jumlah undi tetap seri selepas pengiraan semula, mana-mana kaedah yang mudah akan digunakan untuk menentukan calon yang menang.

Katanya, bagaimanapun Jawatankuasa Pemilihan yang akan menentukan kaedah yang akan digunakan sekiranya berlaku situasi sebegitu.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan pengundian semula boleh diadakan.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan