Peluru Di Kerongkong Mohd Amar Berjaya Dikeluarkan

Diterbitkan: Ahad, 20 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir melawat Mohd Amar Mohd Azizi di wad PICU, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh pada Jumaat. Mohd Amar, 10, cedera selepas terkena peluru sesat di Kampung Belanja Kiri, Parit pada Isnin lepas.-foto BERNAMA
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir melawat Mohd Amar Mohd Azizi di wad PICU, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh pada Jumaat. Mohd Amar, 10, cedera selepas terkena peluru sesat di Kampung Belanja Kiri, Parit pada Isnin lepas.-foto BERNAMA

IPOH: Pembedahan untuk mengeluarkan peluru daripada kerongkong Mohd Amar Mohd Azizi, 10, berjaya dijalankan sepasukan pakar perubatan dan tenaga sokongan yang dibentuk Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata pembedahan yang dijalankan pagi tadi berjaya dan kanak-kanak itu kini berada dalam keadaan stabil.

"Pembedahan itu berjaya dan keadaan Mohd Amar stabil. Bagaimanapun hospital tidak membenarkan lawatan pada masa sekarang supaya kanak-kanak itu dapat berehat untuk pulih semula. Kita akan mengadakan sidang media esok untuk semua maklumat lanjut mengenai pembedahan berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Ahad.

Sebelum ini Pengarah HRPB Dr Raja Lope Ahmad Raja Ariffin berkata kes yang berlaku kepada murid Darjah 4 Sekolah Kebangsaan Belanja, Parit itu merupakan sesuatu yang unik dan pembedahannya juga berhadapan dengan banyak risiko besar.

Oleh yang demikian katanya, pasukan pakar perubatan yang dibentuk HRPB memerlukan perincian bagaimana pembedahan itu perlu dijalankan.

Mohd Amar menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik HRPB selepas cedera terkena tembakan ketika seorang anggota polis yang sedang mengosongkan pistol automatiknya jenis P99 Walther terlepas tembakan di hadapan sebuah rumah di Kampung Belanja Kiri, Parit pada Isnin lepas.

Pada 15 Oktober, Pakar Perunding Neurosurgeri HRPB Dr Cheang Chee Keong berkata Mohd Amar sangat bernasib baik kerana peluru itu tidak mengenai saraf tunjang atau peti suara yang boleh mengakibatkannya lumpuh dan bisu.

Beliau berkata imbasan x-ray menunjukkan peluru yang menembusi hidung dan tersekat di kerongkong Mohd Amar tersangkut pada jarak kurang satu sentimeter daripada saraf tunjang dan agak jauh daripada peti suara. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan