Nahas Pesawat Di Laos: Mayat Rakyat Malaysia Ditemui

Diterbitkan: Ahad, 20 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Angelin Teh (kanan) dan suaminya Joel Babcock merupakan antara 49 yang maut dalam nahas pesawat terhempas di Laos.
Angelin Teh (kanan) dan suaminya Joel Babcock merupakan antara 49 yang maut dalam nahas pesawat terhempas di Laos.

PETALING JAYA: Ahli keluarga kepada seorang rakyat Malaysia yang merupakan mangsa nahas pesawat Lao Airlines, Angelin Teh, tiba di selatan Laos bagi membantu mengenal pasti mayat Teh dan suaminya Joel Babcock, seorang warganegara Amerika Syarikat.

"Abang dan bapa saudaranya kini berada di Pakse, di mana nahas itu berlaku," kata Penasihat Kedutaan Besar Malaysia Di Laos, Mohd Zakhir Haji Yusof pada Sabtu.

"Kami telah dimaklumkan oleh kerajaan Laos bahawa mayat seorang rakyat Malaysia telah ditemui tetapi kita masih memerlukan pengesahan daripada ahli keluarganya," katanya, sambil menambah bahawa operasi mencari mayat dari kawasan nahas di Sungai Mekong masih diteruskan.

Walaupun terdapat berita penemuan mayat Teh, tetapi Kedutaan Malaysia masih belum menerima maklumat mengenai Babcock.

Mohd Zakhir berkata, saudara Teh itu akan membantu untuk mengenal pasti mayat Babcock sekali gus menyelesaikan misi pencarian.

Menurut Zakhir, pihak berkuasa masih menunggu kesemua ahli keluarga kepada 49 mangsa nahas untuk tiba di Pakse.

Dalam nahas udara dahsyat di negara itu, kesemua penumpang dan anak kapal terbunuh apabila pesawat turboprop ATR-72 terhempas ketika cuaca ribut pada Rabu berhampiran lapangan terbang Pakse di wilayah Champasak.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan