Mohd Zin Tewas Di Sepang, Noh Pertahan Jawatan

Diterbitkan: Ahad, 20 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LANGAT: Bekas Koordinator Umno Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed gagal mempertahan jawatan Ketua Umno Bahagian Sepang dalam pemilihan parti, Sabtu.

Mohd Zin memperoleh 376 undi berbanding pemenang Datuk Marsum Paing yang mendapat 415 undi manakala seorang lagi calon Mohd Jaman hanya mendapat tiga undi.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar mempertahan jawatan Ketua Umno Bahagian Tanjong Karang untuk penggal ketiga dengan 535 undi selepas menewaskan Dr Ahmad Kamal Ariffin Mohamed yang hanya mendapat 32 undi.

Noh pertama kali dicabar selepas menang tanpa bertanding selama dua penggal sebelum ini.

Sementara itu, percubaan pertama adik kepada Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor iaitu Datuk Dr Tengku Rethwan untuk merebut jawatan Ketua Bahagian Kelana Jaya gagal apabila mendapat 238 undi berbanding pencabarnya Datuk Yusoff M Haniff dengan 290 undi. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan