Media Pembangkang Bantu Popularkan Saya - Zahid

Diterbitkan: Ahad, 20 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, media cetak dan elektronik banyak membantu beliau dalam mempertahankan jawatan naib presiden bagi pemilihan kàli ini.

Beliau berkata, media pro-pembangkang turut mempengaruhi undi yang diperolehi dan membantu dari segi meraih populariti politik.

"Saya ucapkan terima kasih kepada portal-portal, majalah dan bahan-bahan liputan di media sosial pro-pembangkang.

"Mereka sebenarnya turut membantu mempopularkan saya," katanya kepada pemberita ketika hadir di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, awal pagi Ahad.

Ahmad Zahid berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai naib presiden dalam pemilihan kali ini bersama dua lagi penyandang Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Beliau mendapat 185 undi, Shafie 174 undi dan Hishammuddin mendapat 100 undi.

Tiga lagi pencabar bagi jawatan tersebut iaitu Datuk Mukhriz Mahathir mendapat 91 undi dan Tan Sri Isa Samad serta Datuk Seri Mohd Ali Rustam masing-masing mendapat tujuh undi.

Beliau menambah, liputan yang diberikan dan isu-isu yang dimainkan media pembangkang banyak memberi keuntungan kepada beliau.

"Saya harap lepas ini mereka (pembangkang) jangan menyesal memberikan liputan kepada saya.

"Ini memberikan keberuntungan kepada saya dalam politik Umno," katanya.

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri ini juga menjelaskan bahawa beliau bersama dua naib presiden lagi akan meneruskan agenda transformasi dan proses keremajaan Umno.

Katanya, beliau tidak mahu menjadi pemimpin bermusim dan sentiasa bersedia mendengar pandangan ahli sehingga peringkat akar umbi.

"Saya telah diberi kepercayaan oleh perwakilan di peringkat akar umbi dan bahagian untuk meneruskan agenda Umno.

"Saya yakin dengan prinsip yang saya pegang selama ini bahawa saya tidak mahu jadi pemimpin bermusim yang hanya bertemu rakan-rakan politik pada pilihan raya atau pemilihan parti sahaja," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan