Keputusan Pemilihan Umno 2013 Tiada Kejutan

Diterbitkan: Ahad, 20 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Naib Presiden yang mengekalkan jawatannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada pemilihan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, awal pagi Ahad. -fotoBERNAMA
Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Naib Presiden yang mengekalkan jawatannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada pemilihan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, awal pagi Ahad. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Tiada kejutan sekali lagi apabila penyandang naib presiden berjaya mengekalkan kedudukan mereka dalam Pemilihan Umno 2013, Sabtu.

Keputusan ini mengekori 'trend' keputusan sayap Wanita dan Pemuda minggu lepas apabila perwakilan mengundi untuk status quo.

Jelas sekali perwakilan merasakan ada keserasian di antara penyandang Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein Onn.

Keserasian ini dikatakan penting dalam menghadapi 'perang besar' akan datang - pilihan raya umum ke-14.

Walaupun Barisan Nasional (BN) secara keseluruhannya menunjukkan keputusan agak buruk, Umno menunjukkan prestasi yang baik dengan memenangi 88 kerusi pada pilihan raya umum 5 Mei tahun ini.

Para perwakilan berpendapat ketiga-tiga mereka layak diberi peluang untuk merancang strategi bagi menarik semula pengundi dalam pilihan raya yang akan datang.

Hakikatnya, perwakilan juga sepakat bahawa kedua-dua jawatan tertinggi dalam parti itu tidak dipertandingkan.

Oleh itu, Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak diberi amanat mengekalkan status quo dalam parti.

"Para perwakilan tahu bahawa ini bukan masa untuk mencuba dan melakukan eksperimen sekarang yang akan mengganggu mekanisme dalaman parti pada masa kestabilan amat diperlukan," kata seorang sumber yang rapat dengan parti.

Ini dilihat dalam saingan sayap Wanita, di mana Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menang majoriti mudah walaupun penglibatan keluarga beliau dalam skandal Pusat Feedlot Negara (NFC).

Bagi saingan naib presiden pada Sabtu, tempat Dr Ahmad Zahidi adalah satu kepastian dan nama beliau melonjak dengan 185 undi.

Kemenangan beliau telah dikaitkan dengan 'kekejaman' dan sikap tiada kompromi dalam membanteras jenayah di negara ini.

Walaupun wujud pengkritik terhadap pendirian Menteri Dalam Negeri ini, terdapat ramai yang lain yang menyokong usaha keras beliau dalam menangani jenayah.

Peranan beliau sebelumnya sebagai Menteri Pertahanan dalam peristiwa di Lahad Datu turut dikatakan mempengaruhi keputusan.

Shafie pula, yang mendapat 174 undi mempunyai kelebihan di Malaysia Timur.

Perwakilan di Sabah jelas mahu wakil mereka dalam atas parti.

Mereka dari Semenanjung juga merasakan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah ini berhak mendapat sokongan kerana Sabah memainkan peranan penting dalam memastikan kemenangan BN dalam pilihan raya yang lalu.

Hishammuddin yang dilihat sebagai "lemah" ketika memegang portfolio Menteri Dalam Negeri dicerminkan dalam bilangan undi yang diterima.

Beliau mendapat 100 undi, hanya sembilan undi di atas pencabar terkuat, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir.

Cara Hishammuddin mengendalikan serangan di Lahad Datu menunjukkan kelemahannya, pada pandangan perwakilan.

Namun beliau mungkin mempunyai penyelamat apabila menerima sokongan perwakilan Pemuda yang merasakan beliau telah banyak membantu sayap ketika menjadi ketua beberapa tahun yang lalu.

Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin juga secara terbuka menyokong mentor dan pendahulunya.

Mukhriz pula dikatakan mempunyai peluang untuk menyertai 'kelab' kerana pengaruh bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau, bagaimanapun, kurang mempunyai pengalaman dan juga pemimpin bahagian Umno.

Umur bagaimanapun masih menyebelahi Mukhriz dan saingan sengit dengan Hishammuddin menunjukkan beliau mempunyai peluang cerah pada masa depan.

Bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad tidak mempunyai banyak peluang kerana profil rendah mereka pada masa ini.

Walaupun Ali Rustam adalah bekas Naib Presiden Umno, beliau telah gagal di kerusi Parlimen Bukit Katil pada pilihan raya umum lepas.

Isa, Ahli Parlimen Jempol dan Pengerusi Felda, telah terkeluar dari senarai tertinggi parti untuk jangka masa yang panjang dan dilihat sebagai tidak relevan lagi.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan