Kadar Cukai GST Mungkin Lebih Rendah Daripada 16 Peratus - Ahmad Maslan

Diterbitkan: Ahad, 20 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kadar peratusan cukai yang dikenakan menerusi sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mungkin lebih rendah daripada 16 peratus iaitu jumlah cukai dikenakan dalam sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sedia ada.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata beliau tidak melihat kemungkinan kadar GST itu menjangkau belasan peratus, dan yakin sistem cukai baharu menggantikan cukai jualan 10 peratus dan cukai perkhidmatan enam peratus itu, tidak akan sama sekali membebankan rakyat.

"Kalau kita lihat negara lain yang telah laksanakan GST di seluruh dunia tentulah kurang (daripada 16 peratus)," katanya pada sidang akhbar di sini Ahad.

Beliau sebelum itu merasmikan Seminar Kepimpinan Organisasi Berprestasi tinggi di Akademi Kastam Diraja Malaysia, Bukit Baru yang disertai lebih 100 anggota kastam dari seluruh negara.

Turut hadir Penolong Ketua Pengarah Kastam Datuk Zainul Abidin Taib. Kerajaan katanya sudah mula mengkaji GST sejak 2005 dan merancang untuk melaksanakannya pada 2007, namun tertangguh atas beberapa sebab antaranya bantahan daripada pelbagai pihak termasuk pembangkang.

Ahmad berkata kadar dan tarikh pelaksanaan GST mungkin diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Belanjawan 2014 Jumaat ini.

Dua hari lepas, Ahmad membayangkan GST mungkin tidak dilaksanakan dalam Belanjawan 2014.

Beliau berkata jika GST dilaksanakan, SST akan dimansuhkan.

Sementara itu, Ahmad berkata Jabatan Kastam berjaya mengutip hasil sebanyak RM25.8 bilion sehingga Khamis lepas dan beliau yakin sasaran kutipan hasil sebanyak RM34.4 bilion dapat dicapai akhir tahun ini. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan