Gangguan Elektrik Punca Kereta Api Bukit Bendera Terkandas - PHC

Diterbitkan: Ahad, 20 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Gangguan bekalan elektrik menjadi punca kereta api Bukit Bendera terhenti di pertengahan landasan ketika menuruni bukit sehingga menyebabkan lebih 100 pengunjung terkandas hampir dua jam malam Jumaat.

Pengurus Besar Perbadanan Bukit Bendera (PHC) Dr Lawrence Khoo berkata dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, tindakan beberapa penumpang yang menendang pintu serta cuba memecahkan cermin tingkap sebelum meluru keluar beramai-ramai sebaik sahaja pintu terbuka secara paksa menyebabkan situasi menjadi bertambah buruk.

"Kita ada bekalan tenaga elektrik simpanan yang boleh diguna ketika kecemasan dan ia memerlukan kurang dari 10 minit untuk kita teruskan semula operasi. "Tapi ia tidak dapat membantu kerana sistem itu terganggu disebabkan penumpang berjalan atas landasan menyebabkan bekalan tenaga elektrik tidak dapat disalur kepada koc kereta api," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Beliau berkata perkhidmatan kereta api Bukit Bendera beroperasi seperti biasa hari ini dan pihaknya memohon maaf kepada semua penumpang terlibat.

Katanya masalah itu berlaku di luar jangkaan dan pihaknya mendapat maklumat gangguan bekalan elektrik itu berlaku di beberapa kawasan termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Khoo turut menafikan ada penumpang mengalami serangan jantung, sebaliknya hanya menghadapi kesukaran bernafas dan empat penumpang yang dihantar Hospital Pulau Pinang untuk rawatan telah dibenar pulang.

Empat penumpang berkenaan ialah Jamil Bidin, 57, Ismayati Ismail, 28, Zikri Fikri, 6, dan seorang pelajar Arab dari Universiti Putra Malaysia, Afat Abdul Kahlea, 20-an.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong berkata sepasukan anggota bomba bersama sebuah jentera digegaskan ke lokasi kejadian bagi membantu menurunkan mangsa yang terperangkap setelah menerima panggilan kecemasan pukul 7.54 malam tadi. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan