Exco Kanan Negeri Johor Jais Sarday Menang Besar Di Kluang

Diterbitkan: Ahad, 20 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Md Jais Sarday
Md Jais Sarday

KLUANG: Exco Kanan Kerajaan Negeri Johor, Md Jais Sarday berjaya mempertahankan jawatan ketua Umno Bahagian Kluang dengan menewaskan timbalannya, Radzali Mohd Noor dengan majoriti 108 undi.

Jais yang mempertahankan jawatan tersebut untuk penggal kedua memperolehi 305 undi manakala lawannya 197.

Sebelum ini pertandingan di bahagian Kluang telah menjadi perhatian ramai bukan sahaja kerana Jais merupakan exco kanan tetapi juga kerana Ketua Pergerakan Wanita dan Pemuda dikatakan tidak menyokongnya secara terbuka ekoran prestasi merosot kerusi Dewan Undangan Negeri Mahkota yang diwakili Jais dalam pilihan raya umum yang lalu.

Bagaimanapun Jais telah membuktikan yang kepimpinannya masih kukuh di Kluang dengan kemenangan besar itu walaupun dikatakan mendapat tentangan kepimpinan Wanita dan Pemuda.

Malah 18 daripada 20 barisan ahli jawatankuasa Umno Bahagian Kluang telah dimenangi oleh mereka yang menyokong kepimpinan beliau.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan