Empat Ketua Bahagian Baru, 10 Peyandang Kekal Jawatan

Diterbitkan: Ahad, 20 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Sepuluh penyandang ketua bahagian termasuk lima menang tanpa bertanding, kekal menerajui pimpinan Umno bahagian di Pahang.

Empat bahagian menyaksikan ketua bahagian yang baharu iaitu di Jerantut, Indera Mahkota, Paya Besar dan Maran.

Lima penyandang iaitu di Cameron Highlands, Kuantan, Kuala Krau, Bera dan Raub, kekal dipilih dalam pertandingan jawatan itu. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Pahang Datuk Seri Abdul Jabbar Ibrahim, lima penyandang iaitu di Pekan, Rompin, Temerloh, Bentong dan Lipis menang tanpa bertanding.

"Perjalanan pemilihan di 14 bahagian di Pahang berjalan lancar tanpa sebarang gangguan atau kejadian yang tidak diingini, sebanyak 7,469 layak mengundi. Bagaimanapun 307 tidak hadir," katanya kepada pemberita di sini, malam Sabtu. Lima bahagian yang tiada pertandingan jawatan ketua bahagian ialah di Pekan (Datuk Seri Najib Tun Razak), Bentong (Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob), Rompin (Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis), Temerloh (Datuk Mohd Sharkar Shamsudin) dan Lipis (Datuk Abdul Rahman Mohamad).

Di Indera Mahkota, pertandingan enam penjuru bagi merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota berpihak kepada muka baharu iaitu Datuk Mustaffar Kamal Abdul Hamid.

Mustaffar Kamal, yang juga Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (Pasfa), menewaskan lima calon lain termasuk penyandang Datuk Mohd Hazmi Yusoff.

Empat calon lain ialah Shahrum Zainuddin, Ngah Ismail, Abdul Rahim Abas dan Mahassan Husain.

Di Kuantan, penyandang Datuk Wan Adnan Wan Mamat menewaskan dua pencabarnya Ab Mutalib Shamsuddin dan Bahuri Geran.

Di Paya Besar, penyandang Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman tewas kepada Datuk Abdul Manan Ismail yang juga anggota Parlimen Paya Besar.

Di Maran, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abdul Muttalib menewaskan dua pencabarnya Muhamad Abdullah dan Ismail Mat Resat.

Di Kuala Krau, penyandang Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamed Said menewaskan pencabar Nik Affandy Nik Abdul Rashid.

Di Raub, penyandang Datuk Shahiruddin Ab Moin menewaskan Mohd Ghazali Kamaruzaman manakala di Cameron Highlands, penyandang Datuk Wan Rosdy Wan Ismail menewaskan Wan Rohaimin Wan Mustapha.

Di Bera, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menewaskan Datuk Mohamad Azizan Che Omar.

Di Jerantut, anggota parlimen Jerantut Ahmad Nazlan Idris menewaskan penyandang Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan