EGM: MCA Tolak Jawatan Kabinet, Terima Jawatan Senator, Exco

Diterbitkan: Ahad, 20 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perwakilan MCA tidak bersetuju dengan resolusi kedua supaya parti mengubah resolusi terdahulu untuk tidak menerima sebarang jawatan di dalam Kabinet selepas mencatat keputusan terburuk pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Mei lalu.

Kira-kira 1,090 tidak bersetuju resolusi sebelum ini diubah manakala 1,080 menyokongnya.

Terdapat 18 undi rosak.

Untuk resolusi ketiga, perwakilan menyokong parti menerima pelantikan seperti Senator atau sebarang jawatan dalam Kerajaan.

Perwakilan turut menyokong resolusi keempat untuk parti supaya menerima pelantikan di peringkat negeri termasuk jawatan Ahli Mesyuarat kerajaan Negeri (Exco).

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan