92.2 Peratus Perwakilan Pusat MCA Hadir EGM

Diterbitkan: Ahad, 20 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dr Chua (dua, kanan) bersama sebahagian perwakilan yang hadir.
Dr Chua (dua, kanan) bersama sebahagian perwakilan yang hadir.

KUALA LUMPUR: Seramai 2,199 atau 92.2 peratus daripada 2,385 perwakilan pusat MCA menghadiri mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti di sini, Ahad.

Speaker, Datuk Yik Phooi Hoong berkata jumlah ini telah melebihi korum, yang memerlukan satu pertiga perwakilan bagi membolehkan EGM diadakan.

Sekumpulan kecil perwakilan, pada pukul 10.20 pagi, ketika prosiding dijalankan meminta Speaker untuk membenarkan perbahasan mengenai resolusi mengenai pengundian.

Yik berkata jawatankuasa pusat telah memutuskan mengadakan prosiding dan perbahasan tidak disenaraikan.

Beliau sebaliknya menasihatkan beberapa perwakilan yang tidak berpuas hati itu menyuarakan perasaan mereka melalui peti undi.

Nasihat beliau mendapat tepukan gemuruh.

Pengundian bermula pada pukul 10.40 pagi.

Terdahulu, pintu masuk ke Wisma MCA di sini penuh sesak dengan perwakilan, yang mula tiba seawal pukul 7 pagi.

Presiden Parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang tiba kira-kira pukul 8 pagi dilihat berada di sekitar kawasan bagi menyambut delegasi ketika sedang bersarapan.

Timbalan Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai tiba 45 minit kemudian.

Liow, yang berdepan resolusi untuk mengecam beliau pada EGM itu, disambut oleh para penyokongnya yang melaungkan "Huat ah" (semoga berjaya dalam Hokkien ) bagi menunjukkan sokongan mereka.

Resolusi itu, antara lain, dilakukan kerana Liow enggan menerima keputusan parti secara kolektif dan tindakan beliau menimbulkan perbalahan di kalangan ahli dan mencemarkan imej parti.

Keputusan dijangka diketahui kira-kira pukul 2 petang.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan