Umno Ke Hadapan Dengan Sistem Undian Baharu - PM

Diterbitkan: Sabtu, 19 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Umno meletakkan parti itu ke hadapan dengan perubahan menerusi sistem undian baharu, kata Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, parti mendahului usaha itu dan tidak mengikut langkah parti-parti lain.

"Parti politik lain mempunyai sejumlah kecil perwakilan yang boleh mengundi malah ada yang masih mengadakan pemilihan semula.

"Manakala perubahan kita adalah berdasarkan dasar demokrasi di mana ia adalah inklusif dan akan menghidupkan parti," katanya pada pembukaan mesyuarat perwakilan Umno Pekan pada Sabtu.

Beliau berkata, amalan adalah penting kerana pilihan raya umum akan datang menjadi lebih mencabar.

"Maklumat perlu disebarkan dengan pantas menerusi media sosial pada hari ini dan ini akan menjadikan landskap politik lebih mencabar dan kita perlu menyesuaikan dengan keadaan itu.

"Bagaimanapun, melihat kembali Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Umno sebenarnya berjaya di mana kita dapat 88 kerusi Parlimen.

"Teman-teman kita tidak menunjukkan prestasi yang begitu memberangsangkan tetapi Umno terus menjadi tulang belakang Barisan Nasional (BN)," katanya.

Najib berkata, Umno kini perlu melaksanakan langkah seterusnya dengan menggunakan strategi terbaru untuk memperkukuhkan lagi parti.

"Saya percaya kita boleh melakukannya sekiranya kita terus dengan dasar dan objektif kita tetapi mengubah dasar, strategi dan pendekatan dan pada masa sama mengamalkan nilai-nilai perjuangan.

"Pemimpin-pemimpin yang lepas menyatakan bahawa mereka berjuang secara ikhlas dan jujur, dan barulah kita akan mendapat keberkatan Allah. Jika tidak, perjuangan itu hanya akan berakhir dengan kekecewaan," katanya Najib yang merupakan Ketua Umno Bahagian Pekan.

Beliau turut menggesa sesiapa yang terpengaruh dengan dugaan itu perlu kembali kepada dasar-dasar nilai itu.

"Saya percaya Umno boleh bertahan bukan 67 tahun tetapi selama-lamanya. Pemimpin-pemimpin datang dan pergi, dan itu adalah tradisinya tetapi selagi parti terus wujud, perjuangan tidak akan berakhir," kata Najib.

iklan

Video

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan